Thursday, September 30, 2010

Aku , Kawan & Sahabat



cantik! buruk! tingginya! poyo!


itulahlontaran yang seringkali kita dengar apabila manusia berbicara. adakala manusia dipandang rendah. adakala disanjung tinggi. itulah lumrah hidup dibumi ciptaan ilahi.

sedar atau tidak, merekalah yang sering berada disekeliling kita tanpa jemu. siapakah mereka? mereka ialah kawan atau sahabat. pepatah melayu yang seringkali diucapkan, "berkawan biar seribu, bercinta biar satu" namun kita sering terlupa bahawa kawan dan sahabagt ialah sesuatu yang berbeza.

kawan, 
sentiasa ada disamping kita, hampir setiap hari kita dikelilingi kawan tetapi hanya seketika. sewaktu kita senang. mereka bersama kita sepanjang masa. dimanakah mereka ketika kita susah? hilang entah kemana. tangis sendiri tanpa sesiapa mendengar.

sahabat,
insan yang amat sukar dicari. andai diberi 1000 orang kawan, hanya sebilangan atau seorang yang boleh dijadikan sahabat. bersama dikala senang tetapi tidak mengunakan peluang itu untuk sekadar berhibur. bersama dikala susah, membantu atau menjadi pendengar setia. persahabatan biasanya akan terjalin sehingga ke akhir hayat.

siapakah kawan anda? siapakah sahabat anda?
ceritakan tentang mereka kepada saya. ceritakan tentang pengorbanan mereka. mari kita kongsi bersama.

Wednesday, September 29, 2010

Aku & Genting Highland

enjoy and really enjoy!!!


itu yang aku boleh cakap ada anda semua. serius memang best. tempat peranginan yang tinggi diatas banjaran titiwangsa. jauh dari kesesakan kota yang membingitkan dengan bunyi hiruk pikuk dan pencemaran udara dari asap kenderaan dan kilang.


perjalanan kami bermula pada pukul 12.00 tengahari daipada SRI ISKANDAR dan sampai ke BATANG KALI pada pukul 3. kejap bukan? bukan memandu laju tetapi dah biasa dengan jalan ini membuatkan perjalanan menjadi begitu cepat.


sedang menunggu untuk daftar masuk dikaunter hotel ternampak akan si kecil ini. pandangan positif : cara kreatif jaga anak. pandangan negatif : bangang betoi buat anak macam haiwan. tapi pada pangdangan yang terbuka. wajar wanita memperlakukan anaknya begini. MENGAPA? Jika anaknya hilang, wanita ini akan menangis @ meraung tetapi apa kita akan lakukan. melihat dan bersimpati.


sarapan pagi disana memang terbaik pernah aku makan. pilih sahaja apa yang perut anda mahukan. beratur, tunggu, ambil dan melantak sepuasnya. hehehe. apa yang aku tengok disini. semua orang macam baru balik dari PALESTIN. kelaparan. hehehe.


OUTDOOR THEME PARK.
memang terbaik daripada segala funfair yang ada. main sampai penat atau muntah. kesabaran anda akan diuji ketika sedang beratur dan kemudian baru keberaniaan anda diuji. panjang woooo kena beratur. macam nak mengundi masa pilihanraya.


Walaubagaimanapun (teringat masa buat karangan darjah 6) Genting Highland tempat yang terbaik untuk mereka yang ingin berseronok sambil bercuti dan ini ialah percutian aku yang ke 5 di GENTING HIGHLAND.


peringatan!! : gambar ini tiada WATERMARK. bagitahu jika berniat mengunakannya atau berniat untuk mencilok.

Aku & Gambar

suka, suka ,suka!!..


aku suka sangat bila ambil gambar. jika di semak status pemacu cakera keras laptop aku esti anda semua terkejut. 85 % daripada memori pemacu mengandungi gambar yang aku ambil sejak daripada zaman mengunakan kamera handphone bersaiz 1.3megapixel sehingga mengunakan kamera DSLR bersaiz 15 megapixel.


namun aku akui. semua gambar yang aku ambil kerana hobi. bukan untuk bermegah-megah dipentas maya dengan memuat naik gambar. aku tidak meminta sebarang pujian atau sanjungan. tetapi aku mahu komen serta kritikan yang membina aku.


kenapa??


kerana aku kenal photo tanpa guru. aku kenal photo tanpa pengajar. aku kenal photo tanpa persatuan. aku kenal photo kerana minat yang mendalam. maka, sesiapa yang sudi mengajar aku tentang erti photo yang sebenar. aku amat hargai. berikan lah sebarang komen diatas setiap gambar yang terdapat diblog ini mahupun di laman muka buku.




mungkin satu hari nanti akan aku jadikan hobi ini sebagai kerjaya tapi bukan sekarang sehingga ilmu ku cukup didada. biarpun nama ku tidak setanding nama-nama besar seperti SAIFUL NANG tetapi cukuplah sekadar ilmuku setanding beliau.

Thursday, September 23, 2010

Aku & Blog

Salam..
agak lama aku x tulis ape2 tenpelan di blog ini. bikan tidak mahu mengemaskini tetapi tiada apa yg ang datang menjengah fikiranku untuk dicorekan disini.


seperti hari2 yg berlalu sebelum ini. kehidupan aku seperti biasa. bangun awal pagi bersiap ke kerja. pulang pada pukul 5 petang kemudian rehat sebentar apabila sampai di rumah. pukul 6.30 petang bersiap untuk keluar bernaga. pulang seawal 11 malam atau selewat 12 tengahmalam.


begitulah rutin harian aku yang agak membosankan.. tiada apa yang menarik sejak dulu sehingga kini. dan mungkin aku akan terus begini untuk tahun-tahun yang akan datang.


Ya ALLAH.. permudahkan urusan ku.. bukakan lah pintu rezeki ku.. sesungguhnya hanya pada mu aku meminta.. AMIN..

Wednesday, September 15, 2010

Aku, Sawah & Kenangan

salam SYAWAL ke-6..


terkedu aku.. itu yang mampu aku ungkapkan dikala sampai ke kampung pada malam syawal yg pertama.. luluh hati bile tiada lagi sawah padi disepanjang jalan dari jalan utama ke rumah nenek ku..


angan aku nak ambil gambar di tengah petak sawah tp tiada walau satu pun padi yg kekuningan mahupun anak padi.. yang ada ialah banglo milik si mata sepet.. di belakang'y dibina kolam ikan untuk menternak ikan AROWANA..


sepanjang jalan sejauh 3km aku lalui dengan diam seribu bahasa.. malam ku diulit sejuta kenangan.. hilang sawah padi dan diganti dengan kolam ikan dikiri dan kananku.. KENAPA?? semuanya disebabkan wang.. semuanya disebabkan tiada anak muda yg mahu mengusahakan tanah sawah.. semuanya kerana harta pusaka..

Monday, September 6, 2010

Aku & Syawal










salam ramadhan..
dh lame x tulis pe2 entry kat blog nie.. kn xnak tulis tp sibuk ngan bussiness..
kul 2 pagi baru tutup kedai.. so diwaktu sahur ne aku nak cite skit ttg photoshoot preraya aku kali nie bersama yg tersayang.. 

disebabkan kami nie photographer so xleh r nak amik gambar sendri.. maka dengan jawatankosong yg ada telah menarik dua org juwita utk menjadi jurugambar terjun.. aku ingatkan bidan terjun je yg da.. hehehe.. 

photographer terjun

diaorg r yg rela hati amik gambar kitaorg..
dh r dtg lambat.. hehehe.. tp thanx..

kami x sengal.. ahaks

tema baju kami ialah pink.. tapi bile tgk gambar mcm peach pn ada.. hehehe.. tp xkisah r.. yg penting da gambar..
org ckp kami sweet.. btl ke.. ahaks


 lokasi kami ialah tepi tasik kat bandar universiti.. sri iskandar.. xrmai yg taw psl tasik nie.. tasik nie mmg cantik utk photoshoot.. ble tgk gmbar nie smua terasa mcm aku dh kawin lak.. hehehe..
'love' kami x gemuk tp comey.. ahaks..

 xdpt nak shot byk2 coz dh lewat sgt nak kejar waktu.. akhir'y utk kali pertama dlm tahun nie aku berbuka kat dlm keta waktu otw nak g keje.. just minum air mineral yg da kat dlm keta..

disebalik tingkap tandas

Saturday, September 4, 2010

SALAM AIDUL FITRI



di kesempatan ini, aku bersama buah jantung serta hati mengucapkan salam aidul fitri kepada rakan2 fb dan rakan2 atas talian wifi.. ahaks.. jari tgn disusun dgn rapi memohon kemaafan serta memohon duit raya.. andai tersalah bahasa serta perbuatan redha r.. andai aku berhutang dgn anda.. halalkan r.. setakat hutang coki-coki pn nak mintak baek xyah.. ahaks.. jemput dtg ke rumah.. bawak kueh skali n bungkus teh ais.. salam kene da lapik.. hahah