Saturday, October 30, 2010

Aku & Diri 5

Ketika kecil ketika disekolah sering kali ditang cikgu tentang cita-cita kita. Aku juga tidak terlepas daripada soalan cepu emas tersebut. Pelbagai jenis pekerjaan disebut. Pastinya semua yang gempak. haha. 


Tapi kini...

Aku masih mencari hala tuju. Ke mana harus ku tuju. Kehidupan dewasa tidak sama dengan kehidupan si kecil yang hanaya tahu berlari ke sana dan ke mari tanpa memikirkan tanggungjawab yang didukung.

Adakala aku bagai tidak mahu mendewasakan diri. Mahu saja aku membiarkan diri ku seperti si kecil. Tidak perlu memikirkan apa-apa. Hanya mengikut pencaturan warga emas.

Friday, October 29, 2010

Aku & Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif



4 hari 3 malam..


satu jangka mas yang amat panjang bagi aku. Tiada ruang untuk aku merehatkan diri melainkan tidur. Tugas sebagai jurugambar amat memenatkan tetapi sangat mencabar. Berkejar ke sana dan ke mari untuk mengambil gambar bukan tugas mudah. Ditugaskan di dua buah dewan yang berbeza yang dipisahkan dengan jarak 500 meter dan 2 tingkat. Bertukar tempat setiap sejam. Namun pengalaman yang diraih tiada nilainya. Korang nak beli ek pengalaman aku. Maaf.. Bukan untuk dijual.. hahahaa

notawarni
kesian kat cik warna diatas penantian yang lama.. hehehe

Sunday, October 24, 2010

Aku & Diri 4

huh!!
penat!! yup aku dh penat. Aku nak rehat puas-puas tetapi masa berlalu dengan cepat. Hujung minggu aku sudah hampir ke penghujungnya.


Esok..
Bermula hari yang memenatkan unutk aku. 4 hari di Putrajaya untuk Konvensyen Inovatif & Kreatif peringkat kebangsaan. huh!! Satu event yang besar dan pasti penat terasa. Aku ditugaskan dibahagian teknikal untuk pasukan dari negeri ku, Perak. Memang tugas senang tapi aku diberi satu lagi tugas sebagai jurukamera. huhuhu!! Tak dapat aku nak berfoya-foya.


So esok nantikan kemunculan entry aku secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre..

Thursday, October 21, 2010

Aku & MPP



Hahaha!!!
Serius memang aku tak percaya bila aku tengok gambar nie. Aku ahli Majlis Perwakilan Pelajar?? hehehe. Terima Kasih kepada semua pengundi-pengundi rock yang telah membuang undi.

Ini kisah setahun setengah yang lalu. Kini!! Mengapakah belum tiada pilihanraya kolej?? Jawatan perwakilan banyak yang kosong. Kena ikut pilihanraya umum ke?? huhuhu

Wednesday, October 20, 2010

Aku & 4015 (2)

sambunagn  Aku & 4015

tit! tit! tit!

terdengar bunyi detik seperti bom jangka ketika aku sibuk bersembang secara 5D dengan En. Acer melalui aplikasi FaceUp yang dibangunkan oleh RotiCanai System. Sejenis virus menyerang tetikus yang aku baru beli kat MeeGoreng Computer Fair. Arrgghh!! Tetikusku hancur dan hangit.

Aku menhidupkan jet berkuasa super sonic dan terbang ke planet Marikh untuk menenangkan perasaan marah aku. Sempat aku singgah di Nasi Ayam Drivethru. Hendak makan nasi ayam pun terpaksa beratur panjang diangkasa lepas kerana diwaktu lunch. Aku jadi geram lalu melepaskan sebutir bom atom keatas kaunter tersebut.

Meneruskan perjalanan ke planet Marikh dengan hampa. Kelihatan beberapa jet melakukan aksi aerobatik melepasi komet-komet yang ada disekeliling.

Kedatangan aku disambut dengan meriah oleh warga Marikh yang ada. Untuk pengetahuan anda, warga Bumi seperti aku amat dialukan kerana kecomelan aku dan fakta menarik, Pn. warna amat jeles dengan kecomelan aku.

sambungan  Aku & 4015 (3)

Aku & 4015

Vrroomm!! Vrroomm!!


Pagi yang hening digamatkan dengan jet pejuang berkuasa super sonic yang aku parking dihadapan rumah. Kelihatan beberapa jiran tetangga bersenam diatas awan. Pelbagai jenis kenderaan bersimpang siur diatas awan.


Pn. Warna kelihatan sibuk dipagi hari. Agak kekok mengunakan mesin RT5666 untuk mengemas rumah yang baru dibeli semalam. Pelbagai ikon yang terdapat diskrin sesentuh. Disentuhnya ikon berbentuk penyapu, keluar sebuah robot membawa penyapu menyapu disegenap ruang didalam rumah angkasa kami. Girang hati Pn. Warna. Penyapu Elektronik yang digunakan selama ini diletakkan didalam mesin pembakar samapah.


Kelihatan beberapa orang remaja bermain futsal diatas gelanggang terapung. Larian mereka sungguh pantas seperti suku daripada kelajuan cahaya. Mengunakan bola yang diperbuat daripada aloy yang berkualiti tinggi dengan lampu LED disekeliling. 


Aku memulakan kerjaku dihadapan komputer. Meletakkan jari serta mata dialat pengimbas untuk log masuk ke komputer peribadiku. Beberapa photo mail masuk. Gambar En. Intel bersama virus Trojan yang dipancing di Laut Database, besar sungguh. Terdapat juga gambar En. Vista bersama jet super sonic terbaru buatan PROTON.


bersambung...

Tuesday, October 19, 2010

Aku & Photoshoot 2

setelah sekian lama tidak melakukan aksi menembak. akhirnya semalam telah terjadi peperangan di sebuah istana lama yang dikenali sebagai KELLIE'S Castle yang terletak dipinggir BATU GAJAH.

peperangan ini diterajui oleh 2 orang yang gebu iaitu aku dan cik warna. so tunggu apa lagi.. Jom cuci mata.




Friday, October 15, 2010

Aku & Politik

badan aku sejuk tapi hati aku panas. da ke patut aku dikaitkan dengan politik kat Muka Buku. bangsat gile r. ingat aku suka ke dengan politik kat Malaysia ni.


sebelum ni aku pernah tulis dan cakap so kali ini aku nak ulang balik.


AKU TAK SUKA DIKAITKAN DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK (KERAJAAN or PEMBANGKANG)


*aku kawan dengan semua orang

Aku & Bajet 2011

pembentangan Bajet 2011 petang di pukul 3.30 oleh Dato' Sri Najib. aku berharap sangat DSN akan mengumumkan pemberian elaun sara hidup kepada mereka yang belum bekerja dan masih belajar.


harap-harap perkara ini di amik berat. hahahaha

Thursday, October 14, 2010

Aku & Diri 3

bosan!! argghh.. kebosanan aku telah sampaoi ke tahap dewa yang mampu menetang ultraman di atas galaksi bima sakti. kedatangan 5 power rangers juga tidak mampu menandingi kekuatan tahap dewa yang telah aku alami pada hari ini. tiba-tiba transformer datang menghulurkan capati bersama kuah dal. kelihatan pak pandir mengenakan jubah ala-ala konvo untuk menyorok disebalik lalang. tanpa diduga seekor kera melakukan smackdown keatas pak pandir sehingga koma.


apeyang aku merapu nie.. hahahahaha

Wednesday, October 13, 2010

Aku & FaceBook

wicky wicky yo!!


korang perasan tak sejak dulu dan akhir ini banyak orang mengamuk kat facebook pasal ada orang log in guna id diaorang. korang sedar tak semua ini. siapakah makhluk asing yang telah menceroboh akaun tersebut. adakah hantu hip hop didalam filem komedi Jangan Pandang Belakang Congkak 2?. adakah wanita bersama bayi yang berada diatas lebuh raya dkawasan kemalangan maut bas ekspress DELIMA? siapakah jasad tersebut.


korang yang ada akaun fb (yang tak ada jangan menyibuk.. ahaks) dan pernah berlaku macam ini cuba kenal pasti masalah yang berlaku. korang sedar tidak, kadang-kadang korang main out dengan tutup tetingkap website tanpa log out. korang tau tak yang ada sejenis virus yang boleh memasukkan id dan password anda. korang tahu tak apa fungsi cache. korang tahu tak semua ini.. aku tak tahu. so korang rajin-rajin r cari maklumat kat miss google.. hahaha..


*entry nie takda kena mengena dengan entry dibawah.


**sesiapa yang ada fb moh add teman kat sini

Aku & Diri 2



aku tak tahu nak tulis apa.. memang betul aku tak tahu.. aku tak tipu korang.. memang aku tak tahu apa-apa.. korang jangan tanya apa-apa pada aku. korang mesti tak tahu apa yang aku tak tahu.. apa yang aku taip pun aku tak tahu.. korang tahu tak yang korang memang tak tahu.. so aku lagi r tak tahu..korang tahu tak lama-lama korang boleh jadi gila. so jangan jadi gila kalau korang tak tahu.. kesimpulannya aku tak tahu apa yang aku tulis dalam entry nie.. hahahaha


** korang tau ek.. shhhyyyy.. jangan bagitau orang lain.

Monday, October 11, 2010

Aku & Surat Cinta

hahahaha.. 
disebabkan aku dah pekena teh tarik kat kedai yang lebih jauh dr seberang jalan. aku nak tulis entry yang agak menarik pada hari ini. korang nak taw tak ape yang menarik.

malam tadi aku di tahan polis peronda kerana melanggar peraturan lalulintas. so macam biasa r, aku bagi ic & lesen. so abg polis tulis r kat dalam buku report harian. lepas sahaja tulis abg polis nak tulis saman pula. dengan muka kanak-kanak aku meraih simpati. so abang polis tak jadi bagi saman.

tapiiiii!!!!! hahaha..
pagi nie aku kene saman dengan abang MBI pasal tak letak tiket parking. 3 minit lepas aku keluar dari kedai uncle sepet beli kupon parking. huhuhuhu. abang MBI jahat r. abang polis jugak yang baik. huhuu. disebabkan parking yang berharga RM0.30.. aku telah di beri surat cinhta yang minta dibalas dengan RM20.00.. ini emang dah sah RIBA. hahaha.

thanx kepada abang MBI yang jadi secret admire aku dengan bagi surat cinta secara senyap.
hahaha. padan muka ko MEOI.. hahaha

Aku & Diri

aku tak tahu nak merapu apa pada hari ini. kejap lagi aku godek-godek laptop then cari idea. proses merapu akan berlaku di entry selepas ini bila bahan merapu sudah cukup.


so mari bersama aku ke kedai seberang jalan untuk menikmati teh tarik di hening pagi ini. hehehe

Wednesday, October 6, 2010

Aku, Sawah & Kenangan (EGBB)



aku nak join contest nie. syaratnya kene re-post entry lama yang telah dipost sebelum 3 oktober 2010. untuk maklumat lanjut korang tengok kat blog nie http://akaltunjang.blogspot.com/.

***

salam SYAWAL ke-6..


terkedu aku.. itu yang mampu aku ungkapkan dikala sampai ke kampung pada malam syawal yg pertama.. luluh hati bile tiada lagi sawah padi disepanjang jalan dari jalan utama ke rumah nenek ku..


angan aku nak ambil gambar di tengah petak sawah tp tiada walau satu pun padi yg kekuningan mahupun anak padi.. yang ada ialah banglo milik si mata sepet.. di belakang'y dibina kolam ikan untuk menternak ikan AROWANA..


sepanjang jalan sejauh 3km aku lalui dengan diam seribu bahasa.. malam ku diulit sejuta kenangan.. hilang sawah padi dan diganti dengan kolam ikan dikiri dan kananku.. KENAPA?? semuanya disebabkan wang.. semuanya disebabkan tiada anak muda yg mahu mengusahakan tanah sawah.. semuanya kerana harta pusaka..



"jgn risau r, lepas abis masa pajak tanah ni boleh tanam padi semula", kata seorang saudaraku..


"tanam padi semula" mungkin mereka kurang pengetahuan.. mana mungkin tanah yg telah dikorek sedalam hampir 3meter mampu mereka kambus kembali utk menanam padi.. tanah utk padi mana mungkin senang dicari..


industri ikan arowana dikampung ku membiak bagai cendawan.. jika dulu kampung ku gelap gelita.. tapi kini bagaikan sebuah bandar yg meriah dengan lampu yg gemerlapan dari setiap kolam ikan.. kata mereka, ikan ini hanya mampu hidup dengan air dari TASIK BUKIT MERAH..


aku xpeduli tentang semua itu.. yang aku pedulikan kenapa hilang begitu sahaja semua kenangan.. tetringat aku bila memandang wajah tua PAPA ku..


SAYU..
hilang semua kenangan semasa kecil.. hilang segala kenangan berehat dibawah pohon kelapa ditepi bendang.. hilang kenangan bermain lumpur.. hilangan kenangan meriah ketika menuai padi..


"Dah xda pa kita nak tunjuk kat generasi akan datang. mesti mereka xtau psl sawah, padi, lumpur dan belut". kata papa..


"KEMANA HILANG SAWAH PADI"


***


tarikh post entry nie pada 15 september 2010.  so korang tengok r blog penganjur kalau nak join. anatar syarat lain kene tag 3 blogger. so aku tag r blogger yang rajin lawat blog aku.


*Azuin
*Awin
*hanys
*ayaidaya
*u-mie

Tuesday, October 5, 2010

Aku & Proton



aku tak tahu samada aku antara yang terawal atau terlewat tahu pasal kereta ini. tapi rasanya aku yang terlewat tentang isu semasa kerana aku kerja siang dan malan. so xda masa nak tgk berita kat tv. kalau ada news paper pun hanya selak tgk gambar.


kereta terbaru keluaran proton akan dilancarkan berkemungkinan akhir tahun ini. kereta proton seakan mitsubishi lancer 2.0.. fuhh!! memang cantik, menarik, tertarik. tahniah proton.




aku tak tahu nak cerita macam mana tentang proton ini so tunggu r dah keluar nanti.


perhatian!!: semua gambar ini aku ambil kat sini, kredit untuk notakosong.com untuk info

Aku & Gotong-royong

"jom naik tingkat 4!", jerit kawan aku..

pagi nie da gotong-royong kat office aku. so macam biasa r. diaorang aku suruh pergi dulu. diaorang keluar je dari office. yeahhh!! masa untuk TIDO!!!

Aku & Si Hitam


aduhhhhh!!!

huhuhu. nie bukan aku yang sakit tapi si hitam aku yang sakit. di sebabkan percutian selama 2 hari yang melaui perjalanan jauh telah menyebabkan hitamku sakit. hipotesis telah aku lakukan.

masalah : si hitam ku menjadi semput dan xda 'pickup'
hipotesis : kemungkinan kaki sotong bocor (wayar plug) atau plug kong. (berpandukan pengalaman lepas)
penyelesaian : hantar workshop untuk periksa. kalau betul pegi spare part then tukar sendiri.
kesimpulan : rabak poket aku lagi. hahaha.

p/s: sesiapa yang guna keta naza/kia leh r join MY NAZA KIA CLUB , klik sini

UPDATE

hipotesis aku betul..hahaha.. rabak RM40 mama aku..

Friday, October 1, 2010

Aku & Mesin Perakam Waktu

teettt!!!!!


apabila genap masa ke pukul 5. semua bersiap sedia didepan pintu. semua yang ada berwajah gila seperti budak-budak yang diberi coki-coki secara percuma. beratur macam nak beli tiket wayang tetapi bila sedar bukan ada apa-apa tayangan. yang ada hanya mesin digital yang merakam waktu. disentuh kad pintar padanya. TEETTTT!! bunyi  yang keluar sebagai tanda sistem kawalan dilepasi. maka meluru keluar semua yang ada seperti penjenayah yang bebas dari penjara.


inilah suasana di pukul 5..

Aku & Sahabat

wan, aku, tun, fana, ajeh


betul ke ini sahabat? yup!!!


entry sebelum ini aku berkata tentang kawan dan sahabat. kali ini aku nak perkenalkan SAHABAT aku di kolej. mereka yang bersama aku diwaktu senang dan susah. bersama aku sehingga lewat malam untuk study bersama sehari sebelum exam (coz sebelum itu asyik enjoy ) hehehe. mereka merantau jauh untuk mencari sekelumit ilmu di IPOH. berkongsi makan. berkongsi tangisan. berkongsi cerita. berkongsi gembira. semua dikongsi bersama.


HAZWAN
nama gelaran yang diberi olehnya untuk dirinya ialah PANDA. aku tak tahu kenapa dia suka dipanggil sebegitu. mungkin kerana badannya yang besar. hehehe. jenis yang tidak suka diperkecilkan dan akan mempertahankan setiap kata-katanya.


TUN
aku anggap sebagai adk didalam kelas. seorang yang degil dan kuat memberontak tetapi baik hatinya. adakala berjiwa rock dan adakala berjiwa ala-ala gadis melayu. aku begitu hormat pada dia. KENAPA?? kerana dia tidak HIPOKRIT seperti perempuan lain.


FANA anak uncle padhil.
ni lagi sorang adk aku kat dalam kelas. dia dan tun sahabat baik kat hostel. macam belangkas tapi kerana perselisihan faham menyebabkan mereka bergaduh. aku tak tahu samada diaorang dah ok ke belum. tapi aku harap dah ok. seorang yang manja ala-ala kucing parsi. cepat tersentuh dihati (tiba-tiba teringat kejadian masa kursus kat k.kangsar) hehehe.


AJEH
ini je r sahabat aku yang tinggal sekarang kat kolej. wan, tun & fana dh abis. tinggal kami berdua yang sambung. rutin harian aku & ajeh. datang lewat ke kelas, makan nasi 2 ringgit kat stadium & tengok wayang kalau ada cerita baru. impian aku dan ajeh buat masa ni ialah menamatkan pengajian dengan jaya dan secepat mungkin. hehehe..
kenangan di CAMERON HIGHLAND


inilah SAHABATku!!!

Aku & Kolej



rindu! rindu! rindu!


rindu gila yang teramat aku pada kolej yang tersayang. sayang kah aku pada Institut Teknologi Perak (ITP)?? hahaha.setelah berjauhan dari ITP sejak bulan JUN kerana lathan industri terasa rindu yang teramat. rindu akan kelas tempat aku sembang dan gelak, rindu pada makmal komputer tempat aku operate segala isi komputer sampai aku sendiri tak tahu nak repair. hehehe.


tak sabar nak tunggu bulan 11 ni. aku akan kembali ke ITP dan selamat tinggal Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang mengajar aku tentang erti kehidupan di alam pekerjaan.


kepada rakan kelas. apa rancangan anda?? movie marathon jom!! dah lama tak buat.hehehe