Sunday, November 28, 2010

Aku & Diri 7



Siapa ini???. Hahahaha. Ini aku yang tak comel. Aku yang gemuk. Nak kutuk aku?? Kutuk r. Ada aku kisah!!!

Thursday, November 25, 2010

Aku & Manusia

Manusia ada pelbagai ragam. Namun apa yang pasti setiap diantara mereka inginkan kesempurnaan. Tanpa kita sedar bahawa keinginan itu telah memakan diri sendiri. Kita sanggup melukakan hati demi sebuah cita-cita.


Apa aku merapu lagi nie???

Aku & Kehidupan

Salam.. 

Rasanya tak pernah aku tulis mengenai kehidupan aku yang mempunyai liku-liku berdarah. Kehidupan yang mengamit seribu kisah pahit getir. 

Aku sebagai anak yang sulung mempunyai satu tanggungjawab yang diletakkan di bahu sehingga adakalanya aku hampir menyerah kalah pada nasib. 

Berada di puncak tidak menjamin aku untuk terus gembira tanpa sedar aku jatuh menjunam ke bawah. Tidak pernah ada seorang pun yang pernah membantu aku ketika terjatuh. Kenapa?? Akutak tahu. Adakah aku sombong? Adakah aku penuh dengan ego?

Biarlah semua ini berlalu tetapi yang aku pasti hanya satu dendam yang tidak akan aku lupakan. Satu penghinaan keatas aku pada 2 tahun masih terbuku dihati. Luka  ini masih berdarah dihati.

Kejap-kejap!!
Kenapa entry aku touching gila nie. Arrgghhh!!

Sunday, November 21, 2010

Aku & Penipu

Jangan jadi yang terakhir!!! Jadilah yang terawal sertai kami..
Program kami yang terbaik!!! Tidak perlu cari orang..
Sebulan income RM 50 juta..

Hahahahaha. Aku nak gelak kuat-kuat!!! Hari ini kerja yang aku lakukan dihadapan komputer ilah men'delete' rakan-rakan yang tag aku dengan gambar duit dan gambar diaorang posing tepi dan depan keta orang lain.

Getik (loghat perak) aku tengok semua penipuan yang dilakukan. Aku pernah ada seorang kawan. Dia nie kira macam kutu. Duduk lepak hari-hari sampai kering duit yang mak bapak bagi.

Satu hari ini dia da join satu bussiness wang pos yang tokey dia laki bini kantoi. Meh sini aku cerita camna dia nak ajak orang join. Si kutu nie pakai memang r smart. Macam orang kaya. Pakai handphone nokia yang besar. Buka macam netbook kalau nak online. Dia siap suruh aku misscall masa dia tengah cuci satu brader nie. Konon nak tunjuk handphone dia. 

Aku nak gelak dulu..
Hahahahaha!!!!

Beriata terkini!! Sepasang laki bini kantoi kerana menipu orang ramai dengan mengunakan wang pos sebagai cara mendapatkan wang yang banyak. Sekian berita jam 4 pagi TV 20..

Aku nak gelak lagi!! Hahahahaah!! 

Aku & TV

Tolong pak!! Saya lapar nie.. Jangan bu.. Sakit!!

Arrrgghhh!!
Hari minggu aku menjadi semakin bosan. Dari hari isnin sehingga jumaat pasti ada cerita Indonesia. Hari minggu pun ada. Mana hilang semua cerita melayu yang dityayangkan setiap pukul 3.

Kemana hilang cerita Ali Setan, Mr. OS, Mat Tiga Suku. Tak kisah kalau korang kena saman pasal iklan raya. Nie semua sebab korang sendiri terpengaruh dengan dongeng  dari indonesia..

Rosak hari cuti aku!!

Monday, November 15, 2010

Aku & AidilAdha


Salam Aidil Adha aku dan  Cik Warna ucapkan kepada semua follower dan rakan blogger serta pembaca setia. Maafkan andaikata permohonan maaf  pada Syawal yang lalu masih belum diperkenankan.

Saturday, November 13, 2010

Aku & Diri 6

Aku tak tahu kenapa aku begini. hari demi hari aku bosan dengan setiap kerja yang aku lakukan. Aku mahu keluar dari kepompong ini tetapi bagaimana??


Perlukah aku berlari ke arah yang tidak aku tahu apa dihadapan. Perlukah aku terjah sahaja. Perlukah aku bertanya.


Apa aku merapu nie.. hahaha.. Layan je r..

Tuesday, November 9, 2010

Aku & Blog 2


Hari nie aku tak da mood nak update blog. Aku tak tahu pasal pe. yang aku pasti aku bosan dengan apa yang aku buat. Maaf!!

Monday, November 8, 2010

Aku & 4015 (3)

sambungan
Aku & 4015 (2)


Kedatangan aku disambut dengan ceria oleh warga planet Marikh tetapi terpancar sedikit kegusaran. Peperangan diantara Marikh Utara dan Marikh Selatan sudah memuncak.


Selang beberapa ketika terdengar bunyi dentuman bom nuklear. Pancaran radioaktif mengenai beberapa makluk asing yang sedang berjogging di padang bola. Aku melarikan diri ke arah jet kesayanganku.


Aku start enjin jet. Arrrgghhhh!! Bateri starter dah kong!! Aku memerlukan sukarelawan untuk menolak pesawat aku seperti yang aku praktikkan semasa mengunakan kereta. Masuk gear 1 dan tolak tetapi enjin masih tidak dapat dihidupkan.


Beberapa robot sudah menuju ke arahku dengan membawa senjata canggih. Aku perlu lari tapi bagaimana?? Robot itu mensasarkan bom atom ke arahku. Arrgghhh!!  bersambung..


*Nantikan sambungan Aku & 4015.. hahaha

Aku & Cik Warna

Cik warna. Gila? Beliau tidak gila tetapi gila-gila. Korang tak percaya?? Tengok gambar nie. Malas aku nak cerita lebih-lebih.









Thursday, November 4, 2010

Aku & Kenangan



" Wei!! bas dah sampai! Cepat r!", berlari aku mengusung beg sekolah yang padat dengan buku teks (patah pinggang aku). Wan dan ejoy terkedek-kedek kat belakang.


"Aku cop belakang!!" jerit Ejoy


hahahaha
Semua ini hanya tinggal kenangan. Kenangan kecilku bergerak seiring masa. General Omnibus sehingga sekarang masih memberi perkhidmatan kepada warga pinggiran kota. Bermula hari pertama aku bersekolah di perak sehingga sehari sebelum aku berani menunggang moto ke sekolah, bas ini yang aku naiki  seawal 6.30 pagi dan setiap kali pulang dari sekolah.


Bas ini tidak hanya membawa ku ke gedung ilmu tetapi membawa ku ke kota ipoh apabila meningkat remaja. Setia bersama aku ketika pergi dan pulang. 


Hampir 70% (anggaran aku) pemandu masih sama. Bekerja seperti rakyat Jepun yang begitu setia berkhidmat. Ada uncle yang dah sepatutnya bersama dan hidup senang bersama wang KWSP.


28 Oktober 2010
Setelah sekian lama aku menaiki motorsikal dan kereta, akhirnya aku menaiki bas ini untuk pulang ke rumah dari bandar Ipoh. Bas yang aku naiki dipandu oleh seorang uncle india yang masih bekerja sejak aku di sekolah rendah. 


Aku berharap agar kenangan aku tidak hilang sepertimana kenangan papa ku yang pernah aku tulis didalam bulan syawal, Aku, Sawah & Kenangan (klik sini)

Wednesday, November 3, 2010

Aku & Malam

Pandai-pandai korang nak komen gambar aku nie.. Gambar ni aku bagi saiz large untuk korang tengok bagi yang malas nak klik bagi besar.




Camera Model : Canon EOS 500D
F-stop : f/4
Exposure time : 1/3
ISO speed : ISO-1600
Focal lenght : 28mm

Aku & Seni






Aku cinta bentuk. Aku cinta corak.
Mengapa?? Kerana ia mengukir setiap lembaran hidupku.








Monday, November 1, 2010

Aku & Putrajaya

Aku tak tahu nak tulis apa dalam entry nie. Hanya da gambar je. So hayati bersama.