Thursday, December 23, 2010

Rentapan Sayu

Ini bukan kisah hollywood dimana bas terbalik untuk melakonkan aksi. Ini bukan pertandingan drift. Ini sebuah realiti. Kecuaian yang membawa kepada berjuta penyesalan.


Kemalangan yang terbesar didalam sejarah negara. Kemalangan?? Yup, kemalangan!! Bukan kemenangan. Tapi aku tak mahu memperkatakan apa-apa kerana aku tak tahu apa sebenarnya berlaku. Hanya Allah serta mansa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.


Sepanjang hari pelbagai spekulasi yang timbul. Kebanyakan 'hear say' yang faktanya aku sendiri tidak tahu
benar atau tidak.


Siapakah yang patut dipersalahkan? Aku tak tahu siapa kerana aku manusia biasa.

Al-Fatihah

Wednesday, December 22, 2010

KakiMotor Members Day

Aku tak tahu nak tulis ape.. Yang pasti hanya keseronokan.

Meet Up Point
Convoy
Group Parking
ATV Show
Autoshow
Group Photo
Drift Show
Drift Show
Drift Show







Saturday, December 18, 2010

Aku & Manusia 4

Abang tu tak jual..
Mainan tu rosak..

Berniaga barang permainan banyak mengajar aku tentang ragam manusia. Hari ini entry aku mengenai bapak borek anak rintik.. Dengan kata lain, kemana tumpah gulai kalau tidak ke lantai.

Terus ke titik utama. Korang sedar tidak mengapa kebanyakan anak-anak kecil sudah pandai menipu. Seperti ayat diatas. Inilah punca segalanya. Hampir setiap hari aku mendengarnya. Aku hanya mampu tersenyum. 

Mungkin bagi mereka membazir membeli barang permainan untuk anak-anak. Menangis si anak kerana kemahuan tidak dituruti. Hilang keceriaan. Aku berniaga bukan mencari kekayaan dunia. Cukup sekadar mampu menyara hidup aku. Niat aku untuk beribadat. Mengembirakan si anak adalah sesuatu perasaan yang tidak mampu diucapkan atau ditulis. Senyum dengan penuh kegirangan. 

Aku tidak pernah memaksa pelanggan untuk membeli. Aku sedar tidak semua mereka orang yang berkemampuan. Tetapi bukan itu yang aku kesalkan. Menipu anak-anak yang aku kesalkan. 

*nota warna: ragam manusia berjuta rupa.

Tuesday, December 14, 2010

Aku & Konvoy





Tak sabar aku nak pergi konvoy 19.12.2010 nie. Event nie diadakan kat Shah Alam. Ape yang aku excited sangat. Aku excited bab konvoy n photoshoot. Baby sony aku dah lama tak amik gambar. Aku harap sangat event nie semeriah dengan Karnival Kia. Banyak barang free.. Heheehe.


Kepada rakan blogger yang nak jumpa aku moh r kesana. Yang pakar amik gambar pun boleh join pertandingan fotografi. Yang ada kereta hot bawak skali. Hehehe..


update


Meet Up Point
Date: 19 Dec 2010 (This Sunday)
Time: 8:30am
Venue:
Petronas,Esso & Shell Petrol Station parking area(From USJ using KESAS Highway, 200meter before Proton Shah Alam factory exit)

GPS:
N 03' 02.891'
E 101' 33.728'



Event Location
Venue :
Kakimotor Shah Alam Branch
No.2, Jalan Unggul 25/40, Seksyen 25, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor.

GPS:
N 03' 02.131'
E101' 32.071'

Monday, December 13, 2010

Aku & Diri 8

Aku nak cerita sedikit tentang diri aku pada korang yang rajin baca.. 

Aku seorang yang gemar berjalan dari satu tempat ke tempat yang. Menerokai setiap sudut yang ada.

Aku gemar berada di kawasan tumpuan orang. kenapa? Sebab aku dapat lihat pelbagai ragam manusia. Orang kaya ada cara tersendiri. Orang sederhana ada ragam tersendiri. 

Betul kata orang pekan. Rambut sama hitam tapi ragam lain-lain..


Aku & Danboard









Aku suka!!! Aku nak!!
Wahai rakan-rakan blogger yang tahu kat mana ada jual tolong r bagitahu aku. Nak order jauh sangat sampai ke jepun. huuhu


nota warna : semua gambar aku rembat kat Miss google

Aku & Photoshoot 3

Hari ini aku tak ada apa yang hendak diceritakan sebab tiada idea. So aku hanya upload gambar-gambar masa aku mula-mula bermain dengan perakam gambar keluaran uncle Sony. 








Semua gambar ini tidak secantik gambar yang diambil oleh Saiful Nang (SN) mahupun bro KukuBesi (KB) sebab aku tak pernah berguru. Guru aku hanya pengalaman dan pengajaran daripada kesilapan serta teguran otai-otai.


Gambar aku ambil masa trip memancing kat laut sekitar Pulau Pangkor. Gambar yang terakhir ialah bot yang aku naik ngan kawan-kawan. Makan, tido kat atas bot. Aku tak mabuk laut tapi aku mabuk bila di darat. hehehe





Sunday, December 12, 2010

Aku & Manusia 3

Semalam sape yang ranking??
Moto sape kat depan tu??


Korang pernah dengar tidak ayat ini?? Perkara yang sering diperkata remaja masa kini. Berani!! Mereka memang berani tetapi berani ditempat yang salah. Bergadai nyawa diatas jalanraya. Mengapakah mereka sering begini?? Tepuk dada tanya mereka!!


nota warna: Aku baru balik tengok budak-budak yang dah banyak pahala.

Saturday, December 11, 2010

Aku & Kerja 2

Thanx a lot ALLAH!!!


Alhamdulillah, 
Hari demi hari hasil jualan perniagaan aku semakin meningkat. Rezeki yang melimpah hasil kesabaran selama ini. Namun itu semua bukan sebab untuk aku mendabik dada. 


Didalam perniagaan sama seperti hidup. Adakala kita diatas dan adakala kita jatuh kebawah. Ini semua cabaran yang harus ditempuhi. Hati pasti akan merungut tetapi jiwa membakar semangat.


Alhamdulillah, 
Dahulu aku dikutuk kerana bekerja sebagai kuli di pasar malam. Siapa sangka, ALLAh Maha Kuasa. Seorang kuli kini menerajui perniagaan sendiri. Ingin sekali aku bersemuka dengan mereka yang berkata buruk tentang aku. Bukan untuk membalas dendam  tapi ingin membuktikan yang aku boleh berjaya.


Thanx ALLAH!!!


nota warna :
*Kepada rakan blogger yang datang ke Gerbang Malam, Ipoh.
*Carilah gerai mainan aku, harga special untuk korang
*Pastikan bawa anak sendiri/ anak sedara/ anak kucing tak dibenarkan.

Friday, December 10, 2010

Aku & Hobi 2


Si Cekcibo


Penerbangan


Bebas di Angkasa


Kawalan Digital


Servo

Cekcibo!!


Itulah nama panggilan RC terbaru aku yang berjenama T-SERIES 4 channel keluaran si sepet. Cekcibo ni memang aku suka sejak zaman sekolah lagi kerana cabaran yang dihadapi untuk menaikkannya.


Terbang diangkasa telah menyebabkan aku lupa seketika tentang masalah kehidupan. Aku rasa bagaikan cekcibo yang sebenar. Terbang bebas tanpa di ganggu. Pergi kemana sahaja tanpa halangan.


Realiti kehidupan, masalah perlu diselesaikan. Melupakan seketika untuk ketenangan memberi sejuta kenikmatan.


nota warna :
*e-mail aku kat amirulhafizrosli@ymail kalau nak order helicopter rc ini.
*Mengunakan 4 channel dan bagus sebelum melangkah ke 6 channel.
*Mempunyai servo dan dilengkapi sistem gyro
*Alat kawalan digital
*RM 380.00 termasuk kos penghantaran.

Thursday, December 9, 2010

Aku & Hobi






Hari makin hari aku semakin gila dengan hobi aku yang terbaru. Drift!! Tapi hanya mengunakan RC. Aku tidak sekaya korang untuk drift mengunakan kereta sebenar. Aku hanya mengunakan sebuah kereta kawalan jauh yang mengunakan pacuan 4 roda. Berbekalkan bateri yang hanya berkapsiti 2000mah aku menyusuri selekoh yang ada. 

nota warna: 
* Disebabkan aku menjual mainan, maka pembabitan didalam bidang ini tidak dapat dielakkan.
* Sekarang layan RC Helicopter 4 Channel lak.

Monday, December 6, 2010

Aku & Manusia 2

Lu apa bikin sini! Lu duduk jauh-jaur r!


Saya duduk diam-diam. Tak kacau orang.


Lu blah r. Aku cakap blah!


Melayang kerusi ke muka. Dihayun besi ke kepala. Sketsa kehidupan yang tiada penghujungnya. Apabila terasa diri hebat maka dengan riak dan angkuh mendabik dada. Hebat?? Sehebat manakah kita sebagai manusia dimuka bumi ini? Sampai bilakah kita akan menjadi hebat dimata orang lain?


Bagi aku, hebat didunia apalah sangat berbanding hebat disana. Disana? Dialam yang kekal abadi. Kerana nama manusia sanggup melakukan apa sahaja.