Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Terkedu !

Sejak akhir-akhir ini pelbagai wall post di FB membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah organ. Hampir terkedu aku dibuatnya. Anak yang masih kecil dan tidak kenal erti hidup bertarung nyawa untuk mengenal erti kehidupan.

Terdetik didalam hati untuk memanjangkan mengenai mereka kepada rakan-rakan blogger mahupun pembaca setia.


Adik Iskandar.
Menghidap penyakit paru-paru kronik serta dijangkiti virus sejak berumur 6 bulan. Sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. SaveIskandarSaveOurSon


Adik Juna
Anak seorang pemuisi yang lebih dikenali sebagai Fynn Jamal atau Peri Cenderawasih (perbetulkan saya jika silap). Adik Juna mengalami penyakit jantung berlubang dan difahamkan dana sebanyak RM35000.00 telah berjaya dikumpulkan untuk adik Juna menjalani pembedahan. PeriCenderawasih


Adik Angah
Spesifikasi penyakit ini tidak diketahui kerana tiada entri berkaitan adik ini. Berdasarkan gambar menunjukan adik ini benar-benar memerlukan bantuan. Kesengsaraan jelas terpancar.


Thursday, November 24, 2011

Cinta dan Airmata

Ramai orang bercakap yang cinta itu indah. Betulkah? atau hanya sekadar khayalan imaginasi manusia? Cinta hanya indah dipermulaan tapi bukan di penghujung.

Kadang-kadang kita berfikir bagaimana untuk mengekalkan keindahan ini. Namun kita tidak sempurna. Tiada apa yang dapat dilakukan selain hanya bertawakal setelah usaha dilakukan.

Tapi apa yang pasti, Cinta dan Airmata tidak dapat dipisahkah samada bagi si dara mahupun si teruna. Seego mana pun kita tiada yang dapat memisahkan semua ini.

Hanya kecekalan hati yang menentukan siapakah kita selepas Airmata.