Thursday, July 19, 2012

Terkedu !

Sejak akhir-akhir ini pelbagai wall post di FB membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah organ. Hampir terkedu aku dibuatnya. Anak yang masih kecil dan tidak kenal erti hidup bertarung nyawa untuk mengenal erti kehidupan.

Terdetik didalam hati untuk memanjangkan mengenai mereka kepada rakan-rakan blogger mahupun pembaca setia.


Adik Iskandar.
Menghidap penyakit paru-paru kronik serta dijangkiti virus sejak berumur 6 bulan. Sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. SaveIskandarSaveOurSon


Adik Juna
Anak seorang pemuisi yang lebih dikenali sebagai Fynn Jamal atau Peri Cenderawasih (perbetulkan saya jika silap). Adik Juna mengalami penyakit jantung berlubang dan difahamkan dana sebanyak RM35000.00 telah berjaya dikumpulkan untuk adik Juna menjalani pembedahan. PeriCenderawasih


Adik Angah
Spesifikasi penyakit ini tidak diketahui kerana tiada entri berkaitan adik ini. Berdasarkan gambar menunjukan adik ini benar-benar memerlukan bantuan. Kesengsaraan jelas terpancar.


No comments:

Post a Comment