Wednesday, September 5, 2012

Saturday, September 1, 2012

Happy Independence Day Malaysian !


Gua sebagai rakyat Malaysia yang rock tetapi berjiwa Patriotik mengucapkan Salam KeMERDEKAan kepada semua rakyat Malaysia.



Semoga kemerdekaan kita yang ke 55 menjadikan negara kita lebih aman dan makmur ! Luv u MALAYSIA !




Wednesday, August 29, 2012

Gua Dah Petik Cik Warna !

Salam Syawal !

Ehem ! Ehem ! gua just nak infokan bahawa gua dah petik bunga larangan kat rumah uncle Bard n auntie Kiah pada 22 ogos 2012. Alhamdulillah, gadis MySpace yang gua kenal 3 tahun lalu telah gua ikat untuk setahun. 



Maka bermulalah gua mengikat usus perut sampai tua. Wang hantaran sebanyak RM13 K telah dipersetujui. Terasa nikmat bertunang macam baru couple. Hari-hari bersayang bagai. Hahaha. Aku just mengharapkan kebahagiaan ini berterusan sehingga akhir hayat. 



Korang doakan yang terbaik untuk kami. Doakan semoga perhubungan kami berlandaskan Islam. Amin !


 

Monday, July 30, 2012

Jangan DiHalau Ramadhan !

Asslammualaikum. Salam Ramadhan.
Baik lak gua kali ini membuka bicara. Hahaha.


Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam diserata dunia. Bulan yang menjanjikan pahala myang berlipat kali ganda. Bagi orang yang kurang pahala macam gua emang menantikan bulan Ramadhan.


Hari ini baru masuk puasa yang ke 10 didalam kalendar Hijrah. Ya! Baru 10 hari kita berpuasa dan masih berbaki 20 hari. Masih jauh Syawal tetapi sudah berkumandang lagu raya. Rasanya terlalu awal untuk memainkan lagu-lagu raya.


Lagu raya ? Yup! Lagu yang didendangkan untuk meraikan kejayaan umat Islam menamatkan Ramadhan dengan jayanya.


Berjayakah kita pada Ramadhan kali ini? Rasanya terlalu awal untuk memberi jawapan. Gua rasa tak perlu memainkan lagu raya seawal ini. Korang dah macam nak halau bulan Ramadhan ini. Umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. akan menangis diakhir Ramadhan kerana bagi mereka masih belum puas mengumpul pahala tapi bagi kita dizaman sekarang !


Gua malas nak taip panjang-panjang. So tepuk dada then tanya hati!

Thursday, July 19, 2012

Terkedu !

Sejak akhir-akhir ini pelbagai wall post di FB membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah organ. Hampir terkedu aku dibuatnya. Anak yang masih kecil dan tidak kenal erti hidup bertarung nyawa untuk mengenal erti kehidupan.

Terdetik didalam hati untuk memanjangkan mengenai mereka kepada rakan-rakan blogger mahupun pembaca setia.


Adik Iskandar.
Menghidap penyakit paru-paru kronik serta dijangkiti virus sejak berumur 6 bulan. Sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur. SaveIskandarSaveOurSon


Adik Juna
Anak seorang pemuisi yang lebih dikenali sebagai Fynn Jamal atau Peri Cenderawasih (perbetulkan saya jika silap). Adik Juna mengalami penyakit jantung berlubang dan difahamkan dana sebanyak RM35000.00 telah berjaya dikumpulkan untuk adik Juna menjalani pembedahan. PeriCenderawasih


Adik Angah
Spesifikasi penyakit ini tidak diketahui kerana tiada entri berkaitan adik ini. Berdasarkan gambar menunjukan adik ini benar-benar memerlukan bantuan. Kesengsaraan jelas terpancar.


Wednesday, July 18, 2012

Promosi Raya !

Gua dengan ini mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa tempahan untuk mengambil gua sebagai OFFICIAL PHOTOGRAPHER telah dibuka bermula sekarang.




Gua tau musim raya mesti ramai orang nak kawin, or tunang, or or mcm-mcm lagi. So gua menawarkan pakej yang terendah di town IPOH. Harga serendah RM 600.00



So kepada yang berminat nak tahu harga silalah PM gua kat FB. Nati kita akan chit chat banyak-banyak sampai korang faham. Tak faham juga sila belanja aku teh tarik then akan aku jelaskan sampai faham.








So jangan lupa PM gua untuk harga terbaik.


facebook   : Amirul HAfiz Rosli
email         : amirulhafizrosli@ymail.com
whatsApp : 017-5808830
mobile      : 010-4624894
office        : 05-2885697



Tuesday, July 17, 2012

Jom berAMAL !




Rakan blogger dari group Blogger Perak akan mengadakan Program Amal Berbuka Puasa pada hari Sabtu , 4 ogos 2012. Bertempat di Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Al-Taufiqah, Kampung Boyan, Taiping.

Bagi aku ini sebuah program yang patut disokong oleh rakan-rakan blogger samada secara realiti atau dialam maya. Ramadhan adalah bulan untuk kita menambah pahala dengan melakukan amal ibadat. Perkongsian rezeki bersama mereka yang memerlukan akan mendetikkan perasaan gembira terutama terhadap anak yatim.

Aktiviti kerohanian menghiasi program ini seperti gotong-royong, berbuka puasa serta solat terawih. 


So kepada blogger yang berminat nak join sila klik.

Lens 50mm 1.8 II

Aku baru je beli lens 50mm 1.8 II kat Plaza Low Yatt. Syurga bagi pengemar Gadget. Bagi pengemar fotografi, lens ini hampir menjadi satu keperluan untuk menghasilkan gambar potrait. Disamping harga yang tidak terlampau tinggi RM300. 50mm adalah lens yang amat berbaloi untuk dimiliki. Aku tak pandai nak review lebih-lebih. Korang tengok je gambar yang aku amik!

         

          







Perah Otak !

Agak lama aku tidak kemaskini teratak ini. Sekarang aku tengah sibuk dengan pelbagai kerja. Yang terbaru aku tengah menyiapkan editing gambar pelanggan yang aku ambil pada 7/7/2012.





Dah lama aku tak edit gambar. Penat otak aku yang berfungsi kembali untuk mencari idea. Ketika aku post entry ini hanya 9 gambar yang berjaya di edit.



Senang bercakap tapi tak sama melakukan. Korang cuba edit gambar kalau tak percaya. Ini hanya aku edit untuk tatapan pembaca blog aku. Ini bukan OFFICIAL PHOTO. 





Wednesday, March 21, 2012