Thursday, January 27, 2011

Anak Pak Mat Jatuh Beskal

Petang yang agak membosankan untuk aku yang hyper active. Hahaha. Sebenarnya apa yang aku nak tulis tak ada kaitan dengan tajuk entry ini mahu pun saudara mara monyet yang berada dihutan. 


Kenapa korang gelak?? Tampo laju-laju kang. Hahaha. Aku nak bagitau satu rahsia kat korang tapi jangan bagitau orang lain taw. Jangan taw. Korang kene janji dengan aku. Betul ke korang nak taw nie. ok2. 


Tarik nafas panjang-panjang. Aku nak bagitau yang aku nie sebenarnya SUPERMAN. Korang tak percaya ke. Kene percaya gak. Nanti aku tunjuk baju aku yang ada logo superman.


NotaLongkang :  Ramai orang dah nak percaya yang aku nie Superman.

Wednesday, January 26, 2011

Jika Takut Banglo Runtuh, Jangan Bina DiTanah Tinggi

Agak lama aku tidak update blog nie. Ini pun aku agak rajin untuk menaip.


Entry kali ini aku tujukan khas kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang bakal grad dan bekerja sebagai pengajar atau guru atau pensyarah.


Tugas mengajar orang yang belajar bukan semudah memasak maggi di dapur mahupun merebus telur. Kesabaran, satu sifat yang amat penting perlu ada dalam diri. Jangan cepat melatah dan jangan syok sendiri.


Cabaran amat besar uuntuk mengajar pelajar yang sudah meningkat `ke alam remaja. Sifat memberontak mereka amat sukar dikawal.


Menangani dengan cara yang bijak adalah jalan yang terbaik selain melenting umpama naga.. Hahaha..


NotaLongkang : Semalam lecture aku mengamuk!! ahaks..

Thursday, January 13, 2011

Sepetang di Bandaraya Ipoh yang RARE

Salam. Agak lama aku tak mengupload gambar kat teratak buruk nie. So disebabkan aku mempunyai tahap kerajinan yang agak bagus di pagi ini. Maka dengan ini, aku sebagai pemerintah didalam blog ini mengupload beberapa gambar yang aku rakamkan. Model ubat gigi ini ialah Cik Warna yang gebu tahap gaban.. Ahaks.







Ada member pesbuk aku cakap yang Cik Warna mcm model iklan. Nasib baik aku bukan tengah makan. Mesti rugi kalau aku muntah. Kepada Cik Warna, teruskan diet anda. Jongging meningkatkan tahap otot yang cergas. Ahaks. 


Sunday, January 2, 2011

Selamat Tinggal 2010. Selamat Datang 2011

Salam Tahun Baru.

Agak lama aku tidak update blog ini. Terasa sawang semakin bersepah kat dalam blog aku. Sebelum itu aku nak minta maaf banyak-banyak kepada rakan blogger yang melawat aku dan tinggalkan jejak kat shoutmix. maaf kerana tidak sempat untuk menjejaki korang kembali. Thanx coz sudi lawat. Apakata selepas ini korang tinggalkan jejak kat shoutmix dan ruang komen. Mudah aku cari link korang.

Aku tak nak cita apa-apa tentang 2010 tetapi aku hendak cerita tentang impian aku di 2011. Impian bagaikan sesuatu mimpi yang kita dapat bayangkan tetapi harus di jadikan kenyataan.

Untuk bulan januari ini aku ingin mendaftarkan perniagaan aku dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Aku pilih tarikh 20.1.2011. Nama perniagaan belum aku fikirkan. aku kene buat mesyuarat dengan Cik Warna sebab dia antara pemegang saham yang besar selain mama dan papa.

Selesai impian yang pertama, aku nak buka cawangan perniagaan aku yang pertama pada bulan March. Semua ini aku dah bincang dengan beberapa rakan baik aku. Ada yang sokong dan ada yang membangkang. So kene r aku buat mesyuarat jugak dengan rakan-rakan kat kedai makan sambil pekena bihun sup kat Dataran Ipoh.

Azam aku untuk 2011 ialah untuk buat duit banyak-banyak sebab impian aku untuk 2013 ialah melancong ke Australia dan Jepun. Aku nak ambil gambar seluruh pelosok negara tersebut.

Kepada rakan blogger. Doakan kejayaan aku. Doa korang juga memainkan peranan penting.

notawarna : Berkemungkinan aku akan buat contest untuk rakan blogger. Hadiah sungguh lumayan. Tunggu.!!