Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Jom Jogging

Jiwa rempit aku semakin hari semakin hilang. Semenjak kejadian ini jiwa budak kereta terus menebal dalam diri aku. Hahaha..
Sebahagian jurugambar akbar
Aku nak marah diaorang xboleh sebab aku dulu pun macam diaorang. Tapi aku bagi nasihat kat diaorang. Jangan keluar rempit. Nanti kena cekup. Keluar jugak. 
Teringin lak nak beli 'video recorder'
Bila ada operasi dan 'kantoi' kena lah 'jongging' dengan moto. Nasib baik dekat je.

Operasi kali ini membabitkan PDRM dan RELA. 

Sesi bergambar kenangan

Dengar cerita hampir 50 biji motor yang 'kantoi' tapi aku x pasti sebab malas nak kira. Korang kira kalau rajin.

Menuju ke garisan penamat

Aktiviti dipagi minggu. Tolak motor beramai-ramai. Kenapa kalau operasi 'mat kereta' tak ada tolak kereta beramai-ramai?.


Ucapan tahniah kepada abang polis sebab menjaga ketenteraman awam dengan baik.

Kesibukan berhampiran balai trafik.

notarempit: Gambar diambil selepas operasi di Jalan Tambun. Gambar ketika operasi tiada sebab aku seorang blogger dan bukan seorang wartawan. Takut nanti abang polis marah.

Wednesday, March 2, 2011

Aku Memang Comel

Betul ke?? Aku macam tak caya je yang aku tulis tajuk ni. Korang caya tak?? Korang memang kena caya. Aku ni comel. hahaha.

Apabila Sang Pencerita Lemas

Salam. Hampir 2 bulan aku tak tulis apa-apa kat dalam teratak ini. Dah macam-macam jenis sawang yang ada. Habuk dh berkati. Ahaks. Bukan tak nak tulis apa-apa tapi masa yang tak ada. Sekarang lak line streamyx dah kena potong dengan uncle Telekom. Diaorang langsung tak kesian kat aku yang masih belajar ni.


Kali ini aku taknak cerita apa-apa kat sini. Aku hanya nak merapu seperti sediakala. Macam skema lak ayat aku. Hahaha. Tiba-tiba lak hilang ayat. Nanti aku sambung tulis dengan tajuk yang baru. 

Thursday, January 27, 2011

Anak Pak Mat Jatuh Beskal

Petang yang agak membosankan untuk aku yang hyper active. Hahaha. Sebenarnya apa yang aku nak tulis tak ada kaitan dengan tajuk entry ini mahu pun saudara mara monyet yang berada dihutan. 


Kenapa korang gelak?? Tampo laju-laju kang. Hahaha. Aku nak bagitau satu rahsia kat korang tapi jangan bagitau orang lain taw. Jangan taw. Korang kene janji dengan aku. Betul ke korang nak taw nie. ok2. 


Tarik nafas panjang-panjang. Aku nak bagitau yang aku nie sebenarnya SUPERMAN. Korang tak percaya ke. Kene percaya gak. Nanti aku tunjuk baju aku yang ada logo superman.


NotaLongkang :  Ramai orang dah nak percaya yang aku nie Superman.

Sunday, November 28, 2010

Aku & Diri 7



Siapa ini???. Hahahaha. Ini aku yang tak comel. Aku yang gemuk. Nak kutuk aku?? Kutuk r. Ada aku kisah!!!

Thursday, November 25, 2010

Aku & Manusia

Manusia ada pelbagai ragam. Namun apa yang pasti setiap diantara mereka inginkan kesempurnaan. Tanpa kita sedar bahawa keinginan itu telah memakan diri sendiri. Kita sanggup melukakan hati demi sebuah cita-cita.


Apa aku merapu lagi nie???

Aku & Kehidupan

Salam.. 

Rasanya tak pernah aku tulis mengenai kehidupan aku yang mempunyai liku-liku berdarah. Kehidupan yang mengamit seribu kisah pahit getir. 

Aku sebagai anak yang sulung mempunyai satu tanggungjawab yang diletakkan di bahu sehingga adakalanya aku hampir menyerah kalah pada nasib. 

Berada di puncak tidak menjamin aku untuk terus gembira tanpa sedar aku jatuh menjunam ke bawah. Tidak pernah ada seorang pun yang pernah membantu aku ketika terjatuh. Kenapa?? Akutak tahu. Adakah aku sombong? Adakah aku penuh dengan ego?

Biarlah semua ini berlalu tetapi yang aku pasti hanya satu dendam yang tidak akan aku lupakan. Satu penghinaan keatas aku pada 2 tahun masih terbuku dihati. Luka  ini masih berdarah dihati.

Kejap-kejap!!
Kenapa entry aku touching gila nie. Arrgghhh!!

Sunday, November 21, 2010

Aku & Penipu

Jangan jadi yang terakhir!!! Jadilah yang terawal sertai kami..
Program kami yang terbaik!!! Tidak perlu cari orang..
Sebulan income RM 50 juta..

Hahahahaha. Aku nak gelak kuat-kuat!!! Hari ini kerja yang aku lakukan dihadapan komputer ilah men'delete' rakan-rakan yang tag aku dengan gambar duit dan gambar diaorang posing tepi dan depan keta orang lain.

Getik (loghat perak) aku tengok semua penipuan yang dilakukan. Aku pernah ada seorang kawan. Dia nie kira macam kutu. Duduk lepak hari-hari sampai kering duit yang mak bapak bagi.

Satu hari ini dia da join satu bussiness wang pos yang tokey dia laki bini kantoi. Meh sini aku cerita camna dia nak ajak orang join. Si kutu nie pakai memang r smart. Macam orang kaya. Pakai handphone nokia yang besar. Buka macam netbook kalau nak online. Dia siap suruh aku misscall masa dia tengah cuci satu brader nie. Konon nak tunjuk handphone dia. 

Aku nak gelak dulu..
Hahahahaha!!!!

Beriata terkini!! Sepasang laki bini kantoi kerana menipu orang ramai dengan mengunakan wang pos sebagai cara mendapatkan wang yang banyak. Sekian berita jam 4 pagi TV 20..

Aku nak gelak lagi!! Hahahahaah!! 

Aku & TV

Tolong pak!! Saya lapar nie.. Jangan bu.. Sakit!!

Arrrgghhh!!
Hari minggu aku menjadi semakin bosan. Dari hari isnin sehingga jumaat pasti ada cerita Indonesia. Hari minggu pun ada. Mana hilang semua cerita melayu yang dityayangkan setiap pukul 3.

Kemana hilang cerita Ali Setan, Mr. OS, Mat Tiga Suku. Tak kisah kalau korang kena saman pasal iklan raya. Nie semua sebab korang sendiri terpengaruh dengan dongeng  dari indonesia..

Rosak hari cuti aku!!

Saturday, November 13, 2010

Aku & Diri 6

Aku tak tahu kenapa aku begini. hari demi hari aku bosan dengan setiap kerja yang aku lakukan. Aku mahu keluar dari kepompong ini tetapi bagaimana??


Perlukah aku berlari ke arah yang tidak aku tahu apa dihadapan. Perlukah aku terjah sahaja. Perlukah aku bertanya.


Apa aku merapu nie.. hahaha.. Layan je r..

Tuesday, November 9, 2010

Aku & Blog 2


Hari nie aku tak da mood nak update blog. Aku tak tahu pasal pe. yang aku pasti aku bosan dengan apa yang aku buat. Maaf!!

Monday, November 8, 2010

Aku & 4015 (3)

sambungan
Aku & 4015 (2)


Kedatangan aku disambut dengan ceria oleh warga planet Marikh tetapi terpancar sedikit kegusaran. Peperangan diantara Marikh Utara dan Marikh Selatan sudah memuncak.


Selang beberapa ketika terdengar bunyi dentuman bom nuklear. Pancaran radioaktif mengenai beberapa makluk asing yang sedang berjogging di padang bola. Aku melarikan diri ke arah jet kesayanganku.


Aku start enjin jet. Arrrgghhhh!! Bateri starter dah kong!! Aku memerlukan sukarelawan untuk menolak pesawat aku seperti yang aku praktikkan semasa mengunakan kereta. Masuk gear 1 dan tolak tetapi enjin masih tidak dapat dihidupkan.


Beberapa robot sudah menuju ke arahku dengan membawa senjata canggih. Aku perlu lari tapi bagaimana?? Robot itu mensasarkan bom atom ke arahku. Arrgghhh!!  bersambung..


*Nantikan sambungan Aku & 4015.. hahaha

Wednesday, October 20, 2010

Aku & 4015 (2)

sambunagn  Aku & 4015

tit! tit! tit!

terdengar bunyi detik seperti bom jangka ketika aku sibuk bersembang secara 5D dengan En. Acer melalui aplikasi FaceUp yang dibangunkan oleh RotiCanai System. Sejenis virus menyerang tetikus yang aku baru beli kat MeeGoreng Computer Fair. Arrgghh!! Tetikusku hancur dan hangit.

Aku menhidupkan jet berkuasa super sonic dan terbang ke planet Marikh untuk menenangkan perasaan marah aku. Sempat aku singgah di Nasi Ayam Drivethru. Hendak makan nasi ayam pun terpaksa beratur panjang diangkasa lepas kerana diwaktu lunch. Aku jadi geram lalu melepaskan sebutir bom atom keatas kaunter tersebut.

Meneruskan perjalanan ke planet Marikh dengan hampa. Kelihatan beberapa jet melakukan aksi aerobatik melepasi komet-komet yang ada disekeliling.

Kedatangan aku disambut dengan meriah oleh warga Marikh yang ada. Untuk pengetahuan anda, warga Bumi seperti aku amat dialukan kerana kecomelan aku dan fakta menarik, Pn. warna amat jeles dengan kecomelan aku.

sambungan  Aku & 4015 (3)

Aku & 4015

Vrroomm!! Vrroomm!!


Pagi yang hening digamatkan dengan jet pejuang berkuasa super sonic yang aku parking dihadapan rumah. Kelihatan beberapa jiran tetangga bersenam diatas awan. Pelbagai jenis kenderaan bersimpang siur diatas awan.


Pn. Warna kelihatan sibuk dipagi hari. Agak kekok mengunakan mesin RT5666 untuk mengemas rumah yang baru dibeli semalam. Pelbagai ikon yang terdapat diskrin sesentuh. Disentuhnya ikon berbentuk penyapu, keluar sebuah robot membawa penyapu menyapu disegenap ruang didalam rumah angkasa kami. Girang hati Pn. Warna. Penyapu Elektronik yang digunakan selama ini diletakkan didalam mesin pembakar samapah.


Kelihatan beberapa orang remaja bermain futsal diatas gelanggang terapung. Larian mereka sungguh pantas seperti suku daripada kelajuan cahaya. Mengunakan bola yang diperbuat daripada aloy yang berkualiti tinggi dengan lampu LED disekeliling. 


Aku memulakan kerjaku dihadapan komputer. Meletakkan jari serta mata dialat pengimbas untuk log masuk ke komputer peribadiku. Beberapa photo mail masuk. Gambar En. Intel bersama virus Trojan yang dipancing di Laut Database, besar sungguh. Terdapat juga gambar En. Vista bersama jet super sonic terbaru buatan PROTON.


bersambung...

Friday, October 15, 2010

Aku & Bajet 2011

pembentangan Bajet 2011 petang di pukul 3.30 oleh Dato' Sri Najib. aku berharap sangat DSN akan mengumumkan pemberian elaun sara hidup kepada mereka yang belum bekerja dan masih belajar.


harap-harap perkara ini di amik berat. hahahaha

Thursday, August 5, 2010

Aku & Kebosanan


hari ni dah masuk sebulan dan seminggu aku praktikal kat cni. kebosan melanda diriku. kenapa r diwajibkan melakukan praktikal yang lame mcm nie. membazir masa sahaja. pihak kolej mcm nk lepas tangan tapi klu bab yuran laju je. kebajikan pelajar langsung x diambil tahu.