Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Happy Independence Day Malaysian !


Gua sebagai rakyat Malaysia yang rock tetapi berjiwa Patriotik mengucapkan Salam KeMERDEKAan kepada semua rakyat Malaysia.



Semoga kemerdekaan kita yang ke 55 menjadikan negara kita lebih aman dan makmur ! Luv u MALAYSIA !




Thursday, November 24, 2011

Selamanya Harimau Malaya!!

Selamanya hanya kau dihatiku, perghh!! Jiwang siot. Hahaha. Sejak kebelakangan nie entry aku asyik pasal bola. Sebelum ini jarang aku tulis tentang bola. Aku tulis perkara yang merapu kat sini pasal aku suka merapu.

Hari ini aku hanya nak bagitau yang aku adalah penyokong Harimau Malaya dari dulu sehingga sekarang. Hanya itu yang aku nak tulis. Full Stop!!

Wednesday, November 23, 2011

Gemuruh Suara!!

Lyrics :
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Tahniah Harimau Malaya


Tahniah!! Tiada lagi yang mampu diungkapkan selepas sepakan penalti yang terakhir. Tahniah!! Ong Kim Swee, anda wira!! Baddrul Bakhtiar, anda wira!! Khairul Fahmi, anda wira!! Pemain Harimau Malaya U-23, anda semua wira!!

Perjuang anda semua mengubah kepercayaan warga Malaysia. Anda membanggakan kami. Gelora kuning kembali melanda negara. Sorakan terhadap anda mengatasi sorakan keatas semua kelab EPL yang kita agungkan sejak dulu. 

Mungkin selepas ini tiada gelora biru bila Chelsea bertemu kita. Mungkin tiada lagi gelora Merah apabila Manchester united, Liverpool dan Arsenal bertemu kita. Teruskan perjuangan adik-adikku.

Tahniah Jurulatih. Tahniah Harimau Muda. Tahniah Malaysia.




Thursday, November 17, 2011

Pemain MU untuk Malaysia!!

Dengar cerita seorang pemain Manchester United akan bermain untuk MALAYSIA pada malam ini. Pemain tersebut telah diterbangkan khas menaiki jet peribadi dari Manchester ke Stadium Gelora Bung Karno. 

Mampukah pemain yang menyarung jersi no 19 MU ini menjaringkan gol. Adakah kedudukan ketua pasukan Harimau Muda akan diambil olehnya? Pelbagai persoalan memeningkan kepala aku. Yang pasti malam ini bagaikan perlawanan akhir sukan SEA.

Siapakah pemain tersebut. Mari kita saksikan video ini!!!


Harimau Vs Garuda

Sengit. Amat sengit!!! Siapakah yang mampu memenangi perlawanan pada malam ini. Hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya. Namun semangat berpasukan menjadi teras utama bagi kemenangan malam ini.

Perlawanan malam ini hanya diperingkat kumpulan. Tapi aura dan bahang terasa seperti perlawanan akhir sukan SEA. Mampukah harimau terus berlari? Gagahkah si Garuda di awanan?

Mari kita saksikan malam ini. Go Tiger!!

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Gambar nie aku amik kat Google.

Tajuk post dah bagitau pe aku nak ucapkan. So tak nak merapu lebih-lebih.

Thursday, September 15, 2011

Kepala Blog Baru. Sayang Malaysia!!



Setelah sekian lama. Akhirnya kepala blog aku ditukar baru. Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Aku wat kepala blog ala-ala patriotik. Cantik tak?? Aku Rakyat Malaysia dan aku berbangga.

Monday, September 12, 2011

Kau Seronok, Saudaraku Derita!!!





Salam. 


Coretan aku agak lewat daripada tarikh yang sepatut. Aku nak sembang dengan korang semua tentang peristiwa 9/11. 


Hampir setiap kita masih ingat tentang peristiwa itu. aku tak bercerita tentang apa yang berlaku di US. Tapi aku nak bercerita tentang apa yang berlaku di negara saudaraku. Afghanistan dan Iraq.


2 buah negara islam yang telah menjadi padang jarak. Kalau dulu jika dipandang 10 meter ke hadapan akan kelihatan bangunan tetapi kini, jika dipandang 1 kilometer kehadapan. Tiada apa-apa. yang tinggal hanya runtuhan bangunan. Yang tinggal hanya rintihan si kecil. yang tinggal hanya penderitaan mangsa.






Mengapa perlu dihancurkan seluruh negara hanya untuk menangkap seorang lelaki. Logikkah begitu. Benarkah Osama Bin Laden adalah penjenayah. Benarkah dia wujud atau hanya provokasi ke atas Islamku. 


Cuba berfikir sejenak. Mengapa Osama tidak menunjukkan diri ketika Us menyerang negaranya. Tidakkah dia sayang kepada keluarganya. Tidakkah dia sayang kepada sahabatnya. Mengapakah?? Bagi aku dia sebenarnya memang tidak wujud. 


Apa yang pasti. Kita ditipu!!

Tuesday, October 5, 2010

Aku & Proton



aku tak tahu samada aku antara yang terawal atau terlewat tahu pasal kereta ini. tapi rasanya aku yang terlewat tentang isu semasa kerana aku kerja siang dan malan. so xda masa nak tgk berita kat tv. kalau ada news paper pun hanya selak tgk gambar.


kereta terbaru keluaran proton akan dilancarkan berkemungkinan akhir tahun ini. kereta proton seakan mitsubishi lancer 2.0.. fuhh!! memang cantik, menarik, tertarik. tahniah proton.




aku tak tahu nak cerita macam mana tentang proton ini so tunggu r dah keluar nanti.


perhatian!!: semua gambar ini aku ambil kat sini, kredit untuk notakosong.com untuk info

Monday, August 16, 2010

Aku & Merdeka




MALAYSIA ialah negaraku yang tercinta. sayangku pada negara tiada nilainya. bercerita tentang perjuangan nenek moyangku hampir sama dengan cerita anda semua. pertumpahan darah menjadi satu syarat utama untuk mencapai satu penamat iaitu KEMERDEKAAN.