Thursday, November 24, 2011

Cinta dan Airmata

Ramai orang bercakap yang cinta itu indah. Betulkah? atau hanya sekadar khayalan imaginasi manusia? Cinta hanya indah dipermulaan tapi bukan di penghujung.

Kadang-kadang kita berfikir bagaimana untuk mengekalkan keindahan ini. Namun kita tidak sempurna. Tiada apa yang dapat dilakukan selain hanya bertawakal setelah usaha dilakukan.

Tapi apa yang pasti, Cinta dan Airmata tidak dapat dipisahkah samada bagi si dara mahupun si teruna. Seego mana pun kita tiada yang dapat memisahkan semua ini.

Hanya kecekalan hati yang menentukan siapakah kita selepas Airmata.

Selamanya Harimau Malaya!!

Selamanya hanya kau dihatiku, perghh!! Jiwang siot. Hahaha. Sejak kebelakangan nie entry aku asyik pasal bola. Sebelum ini jarang aku tulis tentang bola. Aku tulis perkara yang merapu kat sini pasal aku suka merapu.

Hari ini aku hanya nak bagitau yang aku adalah penyokong Harimau Malaya dari dulu sehingga sekarang. Hanya itu yang aku nak tulis. Full Stop!!

Wednesday, November 23, 2011

Aku Budak Jalanan!!

Yup!! Aku berbangga dengan tajuk entry diatas. Mengapa? kerana aku tidak mahu melupakan asal usulku. Dulu, Kini dan Selamanya hidup aku terus dijalanan.

Pergilah hantar resume cepat!
Bila nak cari kerja lain?
Hampir setiap hari mama berbicara perkara yang sama.

Aku bukan degil tapi selesa dengan hidup sekarang. Bekerja dijalanan tanpa ada kaki kipas kat sekeliling. Kerja sekadar kuli mengajar kehidupan.

Aku gayat untuk berada diatas!!!!

Gemuruh Suara!!

Lyrics :
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Tahniah Harimau Malaya


Tahniah!! Tiada lagi yang mampu diungkapkan selepas sepakan penalti yang terakhir. Tahniah!! Ong Kim Swee, anda wira!! Baddrul Bakhtiar, anda wira!! Khairul Fahmi, anda wira!! Pemain Harimau Malaya U-23, anda semua wira!!

Perjuang anda semua mengubah kepercayaan warga Malaysia. Anda membanggakan kami. Gelora kuning kembali melanda negara. Sorakan terhadap anda mengatasi sorakan keatas semua kelab EPL yang kita agungkan sejak dulu. 

Mungkin selepas ini tiada gelora biru bila Chelsea bertemu kita. Mungkin tiada lagi gelora Merah apabila Manchester united, Liverpool dan Arsenal bertemu kita. Teruskan perjuangan adik-adikku.

Tahniah Jurulatih. Tahniah Harimau Muda. Tahniah Malaysia.




Thursday, November 17, 2011

Aira Studio

Gua dengan secara rasminya ingin membuat pengumuman. Setelah gerai kecil Dafeena Aira Collection telah diwujudkan dan selamat beroperasi di Lot 158, Jalan Dato' Tahwil Azhar, Gerbang Malam, Ipoh.

Budak Kamera Aira Studio
 Maka gua dengan mengunakan kuasa sebagai CEO company dengan suka serta ceria ingin memaklumkan bahawa sebuah lagi anak ikan Dafeena Aira Enterprise telah diwujudkan.

Cik Warna Merangkap PA gua (pic nie gebu siot)
 Anak ikan tersebut ialah AIRA STUDIO yang beroperasi di rumah gua. Aira Studio menawarkan perkhidmatan fotografi untuk Majlis Rasmi, Graduasi, Perkahwinan. Terdapat juga perkhidmatan menyewa kanopi serta PA system. Aira Studio juga menerima tempahan katering yang disediakan oleh Seri Catering (mak gua sebagai CEO).

Gua berharap semua rakan blogger support gua.

Cik Warna Dah Graduate!!

Gua malas nak merapu. Tengok je gambar ini!!



Pemain MU untuk Malaysia!!

Dengar cerita seorang pemain Manchester United akan bermain untuk MALAYSIA pada malam ini. Pemain tersebut telah diterbangkan khas menaiki jet peribadi dari Manchester ke Stadium Gelora Bung Karno. 

Mampukah pemain yang menyarung jersi no 19 MU ini menjaringkan gol. Adakah kedudukan ketua pasukan Harimau Muda akan diambil olehnya? Pelbagai persoalan memeningkan kepala aku. Yang pasti malam ini bagaikan perlawanan akhir sukan SEA.

Siapakah pemain tersebut. Mari kita saksikan video ini!!!


Harimau Vs Garuda

Sengit. Amat sengit!!! Siapakah yang mampu memenangi perlawanan pada malam ini. Hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya. Namun semangat berpasukan menjadi teras utama bagi kemenangan malam ini.

Perlawanan malam ini hanya diperingkat kumpulan. Tapi aura dan bahang terasa seperti perlawanan akhir sukan SEA. Mampukah harimau terus berlari? Gagahkah si Garuda di awanan?

Mari kita saksikan malam ini. Go Tiger!!

Thursday, September 29, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Baca & Like Kalau Sayang!!

Salam. Semalam aku join satu contest yang dianjurkan oleh Malaysia Airlines System (MAS). Contest tu mcm flyer kat atas.


Then aku submit gambar ini utk contest. Mungkin korang fikir gambar nie biasa-biasa je. Aku tak kisah sebab aku budak baru belajar. 


Kutuk r pe pun tp aku nak korang tolong like gambar nie. So tolong klik link kat bawah. Please kawan-kawan.


http://apps.malaysiaairlines.com/themyyoulove/myimage.aspx?id=100504

Wednesday Wordless!! #1

Sunday, September 18, 2011

Tahniah!!


Aku just nak ucapkan tahniah kpd pasukan bolasepak Perak diatas kemenangan malam tadi. Perak(2) vs Sabah(1). Aku doakan pasukan ni masuk ke suku akhir. 


Saturday, September 17, 2011

Rindu Korang!!



Siapa mereka ni?? Ini lah sebahagian daripada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar kolej aku. Percaya tak. Korang kene percaya. Mereka semua gila-gila not gila.






Really miss that moment..

Aku Kembali!!

Aku Budak Gemuk
Salam.


Rasanya dah lama aku tak update blog banyak-banyak. Tahun lepas macam-macam aku merapu. Ramai blogger yang aku kenal kat dunia maya nie.


Sekarang ini aku nak aktifkan blog aku yang sememangnya dah bersawang nie. So kepada pengikut setia aku silalah tinggalkan komen anda.


Aku rindu korang!!


*Komen "Hye" pun dah cukup.

Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia

Gambar nie aku amik kat Google.

Tajuk post dah bagitau pe aku nak ucapkan. So tak nak merapu lebih-lebih.

Thursday, September 15, 2011

Kepala Blog Baru. Sayang Malaysia!!



Setelah sekian lama. Akhirnya kepala blog aku ditukar baru. Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Aku wat kepala blog ala-ala patriotik. Cantik tak?? Aku Rakyat Malaysia dan aku berbangga.

Monday, September 12, 2011

Kau Seronok, Saudaraku Derita!!!





Salam. 


Coretan aku agak lewat daripada tarikh yang sepatut. Aku nak sembang dengan korang semua tentang peristiwa 9/11. 


Hampir setiap kita masih ingat tentang peristiwa itu. aku tak bercerita tentang apa yang berlaku di US. Tapi aku nak bercerita tentang apa yang berlaku di negara saudaraku. Afghanistan dan Iraq.


2 buah negara islam yang telah menjadi padang jarak. Kalau dulu jika dipandang 10 meter ke hadapan akan kelihatan bangunan tetapi kini, jika dipandang 1 kilometer kehadapan. Tiada apa-apa. yang tinggal hanya runtuhan bangunan. Yang tinggal hanya rintihan si kecil. yang tinggal hanya penderitaan mangsa.






Mengapa perlu dihancurkan seluruh negara hanya untuk menangkap seorang lelaki. Logikkah begitu. Benarkah Osama Bin Laden adalah penjenayah. Benarkah dia wujud atau hanya provokasi ke atas Islamku. 


Cuba berfikir sejenak. Mengapa Osama tidak menunjukkan diri ketika Us menyerang negaranya. Tidakkah dia sayang kepada keluarganya. Tidakkah dia sayang kepada sahabatnya. Mengapakah?? Bagi aku dia sebenarnya memang tidak wujud. 


Apa yang pasti. Kita ditipu!!

Sunday, September 11, 2011

Sayang Kamu!!



Korang perasan tak?? Kenapa aku sorok kat belakang adik aku. Sebab aku nie gemuk. Orang gemuk macam aku nie x "hot". Hahahaha.


Aku sayang semua yang ada dalam gambar ini. Siapa mereka?


Mereka adalah KELUARGAKU. Papa, Mama, Angah n Adik.


Motif aku tulis kali ini nak bercerita tentang impian. Korang mesti ada impian yang tersendiri untuk keluarga. Betul tak? Sama seperti aku.


Untuk Papa n Mama.
Rasanya aku tak mampu nak balas jasa mereka sampai akhir hayat aku. Aku impikan untuk membeli sebuah tanah untuk mereka. Bina sebuah restoran yang eksklusif. Mempunyai pekerja sendiri serta cawangan diserata Malaysia. Aku tak nak Papa n Mama aku berniaga dibawah pokok seperti sekarang.


Untuk Angah.
Minat yang mendalam terhadap motosikal. Akan aku usahakan sebuah kedai untuk Angah. Tak perlu lagi membaiki motosikal kat rumah. So tak da r ag polis duk sibuk-sibuk datang sini.


Untuk Adik.
Aku sendiri tak tahu apa yang Adik nak. Bila ditanya hanya membisu.


Untuk Aku.
Rasanya belum lagi masa untuk aku. Perniagaan aku pada masa ini hanya untuk meraka diatas. Aku tidak kisah kalau aku penat. Bekerja setiap hari tanpa cuti. Aku tak mahu pernigaan yang aku sudah bina hancur. Kerana hanya itu harta yang aku ada untuk diriku dan keluargaku.

Kau Menangis? Ada Aku Kisah


Sempoy tak tajuk post aku kali ini. Korang buat r muka terkejut sikit. Cepat r buat. Hahahaha.


Bercerita tentang kawan. Macam-macam yang korang dah jumpa. Aku pun dah banyak jumpa.Kadang-kadang aku sendiri pening dengan manusia zaman sekarang.


Betul cakap orang tua-tua, " rambut sama hitam tetapi hati lain-lain". Zaman sekarang amat susah untuk menilai orang dengan hanya melihat pada wajah.


Ada yang muka ganas tetapi hati bagaikan ada taman yang indah. Ada yang muka baik macam budak kelas pandai tetapi perangai sama macam orang yang record video sendiri masa pijak kucing then upload kat youtube. Fuck!!

Friday, September 2, 2011

Raya! Oh! Raya!

Aku tak tahu nak tulis ape kat dalam entry ini disebabkan aku belum lagi beraya. Nanti aku sambung tulis kalau aku dah beraya. Orang beraya tapi aku kerja. Padan muka aku!! 


Salam Lebaran aku ucapkan kepada rakan blogger serta follower sekalian. Maaf Zahir dan Batin.


*entry nie xda gambar kad raya coz aku xrajin.. ngeeee

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Si Bujang

Tempat berbuka dan sahur aku.


Berbuka:
* Gerbang Malam, Ipoh
* Tomyam Anitas, Silibin


Sahur:
*Tomyam Anitas, Silibin

Monday, August 1, 2011

Si Tempang Yg Hina

Aku tak tahu kenapa aku pilih tajuk entry ini. Apa yang pasti aku celaru. Apa yang pasti aku benci. Apa yang pasti aku dah penat. Akhir-akhir ini banyak masalah yang menerjah hidup aku. Belum selesai yang satu, datang pula yang lain. Aku percaya yang ALLAH beri dugaan ini mengikut kemampuan aku. Tapi aku semakin lemah.

Wednesday, May 18, 2011

Jom Jogging

Jiwa rempit aku semakin hari semakin hilang. Semenjak kejadian ini jiwa budak kereta terus menebal dalam diri aku. Hahaha..
Sebahagian jurugambar akbar
Aku nak marah diaorang xboleh sebab aku dulu pun macam diaorang. Tapi aku bagi nasihat kat diaorang. Jangan keluar rempit. Nanti kena cekup. Keluar jugak. 
Teringin lak nak beli 'video recorder'
Bila ada operasi dan 'kantoi' kena lah 'jongging' dengan moto. Nasib baik dekat je.

Operasi kali ini membabitkan PDRM dan RELA. 

Sesi bergambar kenangan

Dengar cerita hampir 50 biji motor yang 'kantoi' tapi aku x pasti sebab malas nak kira. Korang kira kalau rajin.

Menuju ke garisan penamat

Aktiviti dipagi minggu. Tolak motor beramai-ramai. Kenapa kalau operasi 'mat kereta' tak ada tolak kereta beramai-ramai?.


Ucapan tahniah kepada abang polis sebab menjaga ketenteraman awam dengan baik.

Kesibukan berhampiran balai trafik.

notarempit: Gambar diambil selepas operasi di Jalan Tambun. Gambar ketika operasi tiada sebab aku seorang blogger dan bukan seorang wartawan. Takut nanti abang polis marah.

Tuesday, April 26, 2011

OutDoor PhotoShoot

Salam..
Sudah lebih sebulan aku tak tulis atau upload apa-apa gambar kat sini. Hari ini aku persembahkan kepada korang semua.







Wednesday, March 2, 2011

Aku Memang Comel

Betul ke?? Aku macam tak caya je yang aku tulis tajuk ni. Korang caya tak?? Korang memang kena caya. Aku ni comel. hahaha.

Apabila Sang Pencerita Lemas

Salam. Hampir 2 bulan aku tak tulis apa-apa kat dalam teratak ini. Dah macam-macam jenis sawang yang ada. Habuk dh berkati. Ahaks. Bukan tak nak tulis apa-apa tapi masa yang tak ada. Sekarang lak line streamyx dah kena potong dengan uncle Telekom. Diaorang langsung tak kesian kat aku yang masih belajar ni.


Kali ini aku taknak cerita apa-apa kat sini. Aku hanya nak merapu seperti sediakala. Macam skema lak ayat aku. Hahaha. Tiba-tiba lak hilang ayat. Nanti aku sambung tulis dengan tajuk yang baru. 

Thursday, January 27, 2011

Anak Pak Mat Jatuh Beskal

Petang yang agak membosankan untuk aku yang hyper active. Hahaha. Sebenarnya apa yang aku nak tulis tak ada kaitan dengan tajuk entry ini mahu pun saudara mara monyet yang berada dihutan. 


Kenapa korang gelak?? Tampo laju-laju kang. Hahaha. Aku nak bagitau satu rahsia kat korang tapi jangan bagitau orang lain taw. Jangan taw. Korang kene janji dengan aku. Betul ke korang nak taw nie. ok2. 


Tarik nafas panjang-panjang. Aku nak bagitau yang aku nie sebenarnya SUPERMAN. Korang tak percaya ke. Kene percaya gak. Nanti aku tunjuk baju aku yang ada logo superman.


NotaLongkang :  Ramai orang dah nak percaya yang aku nie Superman.

Wednesday, January 26, 2011

Jika Takut Banglo Runtuh, Jangan Bina DiTanah Tinggi

Agak lama aku tidak update blog nie. Ini pun aku agak rajin untuk menaip.


Entry kali ini aku tujukan khas kepada kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang bakal grad dan bekerja sebagai pengajar atau guru atau pensyarah.


Tugas mengajar orang yang belajar bukan semudah memasak maggi di dapur mahupun merebus telur. Kesabaran, satu sifat yang amat penting perlu ada dalam diri. Jangan cepat melatah dan jangan syok sendiri.


Cabaran amat besar uuntuk mengajar pelajar yang sudah meningkat `ke alam remaja. Sifat memberontak mereka amat sukar dikawal.


Menangani dengan cara yang bijak adalah jalan yang terbaik selain melenting umpama naga.. Hahaha..


NotaLongkang : Semalam lecture aku mengamuk!! ahaks..

Thursday, January 13, 2011

Sepetang di Bandaraya Ipoh yang RARE

Salam. Agak lama aku tak mengupload gambar kat teratak buruk nie. So disebabkan aku mempunyai tahap kerajinan yang agak bagus di pagi ini. Maka dengan ini, aku sebagai pemerintah didalam blog ini mengupload beberapa gambar yang aku rakamkan. Model ubat gigi ini ialah Cik Warna yang gebu tahap gaban.. Ahaks.







Ada member pesbuk aku cakap yang Cik Warna mcm model iklan. Nasib baik aku bukan tengah makan. Mesti rugi kalau aku muntah. Kepada Cik Warna, teruskan diet anda. Jongging meningkatkan tahap otot yang cergas. Ahaks. 


Sunday, January 2, 2011

Selamat Tinggal 2010. Selamat Datang 2011

Salam Tahun Baru.

Agak lama aku tidak update blog ini. Terasa sawang semakin bersepah kat dalam blog aku. Sebelum itu aku nak minta maaf banyak-banyak kepada rakan blogger yang melawat aku dan tinggalkan jejak kat shoutmix. maaf kerana tidak sempat untuk menjejaki korang kembali. Thanx coz sudi lawat. Apakata selepas ini korang tinggalkan jejak kat shoutmix dan ruang komen. Mudah aku cari link korang.

Aku tak nak cita apa-apa tentang 2010 tetapi aku hendak cerita tentang impian aku di 2011. Impian bagaikan sesuatu mimpi yang kita dapat bayangkan tetapi harus di jadikan kenyataan.

Untuk bulan januari ini aku ingin mendaftarkan perniagaan aku dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Aku pilih tarikh 20.1.2011. Nama perniagaan belum aku fikirkan. aku kene buat mesyuarat dengan Cik Warna sebab dia antara pemegang saham yang besar selain mama dan papa.

Selesai impian yang pertama, aku nak buka cawangan perniagaan aku yang pertama pada bulan March. Semua ini aku dah bincang dengan beberapa rakan baik aku. Ada yang sokong dan ada yang membangkang. So kene r aku buat mesyuarat jugak dengan rakan-rakan kat kedai makan sambil pekena bihun sup kat Dataran Ipoh.

Azam aku untuk 2011 ialah untuk buat duit banyak-banyak sebab impian aku untuk 2013 ialah melancong ke Australia dan Jepun. Aku nak ambil gambar seluruh pelosok negara tersebut.

Kepada rakan blogger. Doakan kejayaan aku. Doa korang juga memainkan peranan penting.

notawarna : Berkemungkinan aku akan buat contest untuk rakan blogger. Hadiah sungguh lumayan. Tunggu.!!