Sunday, January 2, 2011

Selamat Tinggal 2010. Selamat Datang 2011

Salam Tahun Baru.

Agak lama aku tidak update blog ini. Terasa sawang semakin bersepah kat dalam blog aku. Sebelum itu aku nak minta maaf banyak-banyak kepada rakan blogger yang melawat aku dan tinggalkan jejak kat shoutmix. maaf kerana tidak sempat untuk menjejaki korang kembali. Thanx coz sudi lawat. Apakata selepas ini korang tinggalkan jejak kat shoutmix dan ruang komen. Mudah aku cari link korang.

Aku tak nak cita apa-apa tentang 2010 tetapi aku hendak cerita tentang impian aku di 2011. Impian bagaikan sesuatu mimpi yang kita dapat bayangkan tetapi harus di jadikan kenyataan.

Untuk bulan januari ini aku ingin mendaftarkan perniagaan aku dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Aku pilih tarikh 20.1.2011. Nama perniagaan belum aku fikirkan. aku kene buat mesyuarat dengan Cik Warna sebab dia antara pemegang saham yang besar selain mama dan papa.

Selesai impian yang pertama, aku nak buka cawangan perniagaan aku yang pertama pada bulan March. Semua ini aku dah bincang dengan beberapa rakan baik aku. Ada yang sokong dan ada yang membangkang. So kene r aku buat mesyuarat jugak dengan rakan-rakan kat kedai makan sambil pekena bihun sup kat Dataran Ipoh.

Azam aku untuk 2011 ialah untuk buat duit banyak-banyak sebab impian aku untuk 2013 ialah melancong ke Australia dan Jepun. Aku nak ambil gambar seluruh pelosok negara tersebut.

Kepada rakan blogger. Doakan kejayaan aku. Doa korang juga memainkan peranan penting.

notawarna : Berkemungkinan aku akan buat contest untuk rakan blogger. Hadiah sungguh lumayan. Tunggu.!!

No comments:

Post a Comment