Thursday, November 24, 2011

Cinta dan Airmata

Ramai orang bercakap yang cinta itu indah. Betulkah? atau hanya sekadar khayalan imaginasi manusia? Cinta hanya indah dipermulaan tapi bukan di penghujung.

Kadang-kadang kita berfikir bagaimana untuk mengekalkan keindahan ini. Namun kita tidak sempurna. Tiada apa yang dapat dilakukan selain hanya bertawakal setelah usaha dilakukan.

Tapi apa yang pasti, Cinta dan Airmata tidak dapat dipisahkah samada bagi si dara mahupun si teruna. Seego mana pun kita tiada yang dapat memisahkan semua ini.

Hanya kecekalan hati yang menentukan siapakah kita selepas Airmata.

Selamanya Harimau Malaya!!

Selamanya hanya kau dihatiku, perghh!! Jiwang siot. Hahaha. Sejak kebelakangan nie entry aku asyik pasal bola. Sebelum ini jarang aku tulis tentang bola. Aku tulis perkara yang merapu kat sini pasal aku suka merapu.

Hari ini aku hanya nak bagitau yang aku adalah penyokong Harimau Malaya dari dulu sehingga sekarang. Hanya itu yang aku nak tulis. Full Stop!!

Wednesday, November 23, 2011

Aku Budak Jalanan!!

Yup!! Aku berbangga dengan tajuk entry diatas. Mengapa? kerana aku tidak mahu melupakan asal usulku. Dulu, Kini dan Selamanya hidup aku terus dijalanan.

Pergilah hantar resume cepat!
Bila nak cari kerja lain?
Hampir setiap hari mama berbicara perkara yang sama.

Aku bukan degil tapi selesa dengan hidup sekarang. Bekerja dijalanan tanpa ada kaki kipas kat sekeliling. Kerja sekadar kuli mengajar kehidupan.

Aku gayat untuk berada diatas!!!!

Gemuruh Suara!!

Lyrics :
Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!

Tahniah Harimau Malaya


Tahniah!! Tiada lagi yang mampu diungkapkan selepas sepakan penalti yang terakhir. Tahniah!! Ong Kim Swee, anda wira!! Baddrul Bakhtiar, anda wira!! Khairul Fahmi, anda wira!! Pemain Harimau Malaya U-23, anda semua wira!!

Perjuang anda semua mengubah kepercayaan warga Malaysia. Anda membanggakan kami. Gelora kuning kembali melanda negara. Sorakan terhadap anda mengatasi sorakan keatas semua kelab EPL yang kita agungkan sejak dulu. 

Mungkin selepas ini tiada gelora biru bila Chelsea bertemu kita. Mungkin tiada lagi gelora Merah apabila Manchester united, Liverpool dan Arsenal bertemu kita. Teruskan perjuangan adik-adikku.

Tahniah Jurulatih. Tahniah Harimau Muda. Tahniah Malaysia.




Thursday, November 17, 2011

Aira Studio

Gua dengan secara rasminya ingin membuat pengumuman. Setelah gerai kecil Dafeena Aira Collection telah diwujudkan dan selamat beroperasi di Lot 158, Jalan Dato' Tahwil Azhar, Gerbang Malam, Ipoh.

Budak Kamera Aira Studio
 Maka gua dengan mengunakan kuasa sebagai CEO company dengan suka serta ceria ingin memaklumkan bahawa sebuah lagi anak ikan Dafeena Aira Enterprise telah diwujudkan.

Cik Warna Merangkap PA gua (pic nie gebu siot)
 Anak ikan tersebut ialah AIRA STUDIO yang beroperasi di rumah gua. Aira Studio menawarkan perkhidmatan fotografi untuk Majlis Rasmi, Graduasi, Perkahwinan. Terdapat juga perkhidmatan menyewa kanopi serta PA system. Aira Studio juga menerima tempahan katering yang disediakan oleh Seri Catering (mak gua sebagai CEO).

Gua berharap semua rakan blogger support gua.

Cik Warna Dah Graduate!!

Gua malas nak merapu. Tengok je gambar ini!!



Pemain MU untuk Malaysia!!

Dengar cerita seorang pemain Manchester United akan bermain untuk MALAYSIA pada malam ini. Pemain tersebut telah diterbangkan khas menaiki jet peribadi dari Manchester ke Stadium Gelora Bung Karno. 

Mampukah pemain yang menyarung jersi no 19 MU ini menjaringkan gol. Adakah kedudukan ketua pasukan Harimau Muda akan diambil olehnya? Pelbagai persoalan memeningkan kepala aku. Yang pasti malam ini bagaikan perlawanan akhir sukan SEA.

Siapakah pemain tersebut. Mari kita saksikan video ini!!!


Harimau Vs Garuda

Sengit. Amat sengit!!! Siapakah yang mampu memenangi perlawanan pada malam ini. Hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya. Namun semangat berpasukan menjadi teras utama bagi kemenangan malam ini.

Perlawanan malam ini hanya diperingkat kumpulan. Tapi aura dan bahang terasa seperti perlawanan akhir sukan SEA. Mampukah harimau terus berlari? Gagahkah si Garuda di awanan?

Mari kita saksikan malam ini. Go Tiger!!