Monday, August 16, 2010

Aku & Merdeka




MALAYSIA ialah negaraku yang tercinta. sayangku pada negara tiada nilainya. bercerita tentang perjuangan nenek moyangku hampir sama dengan cerita anda semua. pertumpahan darah menjadi satu syarat utama untuk mencapai satu penamat iaitu KEMERDEKAAN.


Negaraku telah merdeka pada 31 OGOS 1957. namun erti kemerdekaan ini bagai tiada erti. Sambutan hari KEMERDEKAAN negara telah menjadi satu pesta. Memang kita telah merdeka tapi merdeka pada zahir. kita masih dijajah pada batin atau rohani.

Fahaman asing masih lagi didalam pemikiran kita. tanpa kita sedar perkara yang negatif paling banyak merajai pemikiran remaja pada masa kini berbanding pemikiran positif. bagi mereka hari kemerdekaan perlu disambut dengan konsert yang besar. bukan dengan doa atau bertafakur mengenang perjuangan yang lalu.

gejala maksiat makin berleluasa. rogol, sumbang mahram, bohsia, rempit dan sebagainya sehingga sampai satu tahap yang tidak perlu dipanggil manusia tetapi binatang. Anda semua tentu faham dengan maksud saya.
siapakah yang patut dipersalahkan? jangan lah ibubapa dipersalahkan. janganlah jiran tetangga dipersalahkan. janganlah pihak kerajaan dipersalahkan. tetapi salahkan diri sendiri. jangan menuding jari pada orang lain.

RENUNGKAN sahabatku semua.

No comments:

Post a Comment