Monday, July 30, 2012

Jangan DiHalau Ramadhan !

Asslammualaikum. Salam Ramadhan.
Baik lak gua kali ini membuka bicara. Hahaha.


Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam diserata dunia. Bulan yang menjanjikan pahala myang berlipat kali ganda. Bagi orang yang kurang pahala macam gua emang menantikan bulan Ramadhan.


Hari ini baru masuk puasa yang ke 10 didalam kalendar Hijrah. Ya! Baru 10 hari kita berpuasa dan masih berbaki 20 hari. Masih jauh Syawal tetapi sudah berkumandang lagu raya. Rasanya terlalu awal untuk memainkan lagu-lagu raya.


Lagu raya ? Yup! Lagu yang didendangkan untuk meraikan kejayaan umat Islam menamatkan Ramadhan dengan jayanya.


Berjayakah kita pada Ramadhan kali ini? Rasanya terlalu awal untuk memberi jawapan. Gua rasa tak perlu memainkan lagu raya seawal ini. Korang dah macam nak halau bulan Ramadhan ini. Umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w. akan menangis diakhir Ramadhan kerana bagi mereka masih belum puas mengumpul pahala tapi bagi kita dizaman sekarang !


Gua malas nak taip panjang-panjang. So tepuk dada then tanya hati!

No comments:

Post a Comment