Sunday, September 11, 2011

Sayang Kamu!!



Korang perasan tak?? Kenapa aku sorok kat belakang adik aku. Sebab aku nie gemuk. Orang gemuk macam aku nie x "hot". Hahahaha.


Aku sayang semua yang ada dalam gambar ini. Siapa mereka?


Mereka adalah KELUARGAKU. Papa, Mama, Angah n Adik.


Motif aku tulis kali ini nak bercerita tentang impian. Korang mesti ada impian yang tersendiri untuk keluarga. Betul tak? Sama seperti aku.


Untuk Papa n Mama.
Rasanya aku tak mampu nak balas jasa mereka sampai akhir hayat aku. Aku impikan untuk membeli sebuah tanah untuk mereka. Bina sebuah restoran yang eksklusif. Mempunyai pekerja sendiri serta cawangan diserata Malaysia. Aku tak nak Papa n Mama aku berniaga dibawah pokok seperti sekarang.


Untuk Angah.
Minat yang mendalam terhadap motosikal. Akan aku usahakan sebuah kedai untuk Angah. Tak perlu lagi membaiki motosikal kat rumah. So tak da r ag polis duk sibuk-sibuk datang sini.


Untuk Adik.
Aku sendiri tak tahu apa yang Adik nak. Bila ditanya hanya membisu.


Untuk Aku.
Rasanya belum lagi masa untuk aku. Perniagaan aku pada masa ini hanya untuk meraka diatas. Aku tidak kisah kalau aku penat. Bekerja setiap hari tanpa cuti. Aku tak mahu pernigaan yang aku sudah bina hancur. Kerana hanya itu harta yang aku ada untuk diriku dan keluargaku.

No comments:

Post a Comment