Saturday, December 11, 2010

Aku & Kerja 2

Thanx a lot ALLAH!!!


Alhamdulillah, 
Hari demi hari hasil jualan perniagaan aku semakin meningkat. Rezeki yang melimpah hasil kesabaran selama ini. Namun itu semua bukan sebab untuk aku mendabik dada. 


Didalam perniagaan sama seperti hidup. Adakala kita diatas dan adakala kita jatuh kebawah. Ini semua cabaran yang harus ditempuhi. Hati pasti akan merungut tetapi jiwa membakar semangat.


Alhamdulillah, 
Dahulu aku dikutuk kerana bekerja sebagai kuli di pasar malam. Siapa sangka, ALLAh Maha Kuasa. Seorang kuli kini menerajui perniagaan sendiri. Ingin sekali aku bersemuka dengan mereka yang berkata buruk tentang aku. Bukan untuk membalas dendam  tapi ingin membuktikan yang aku boleh berjaya.


Thanx ALLAH!!!


nota warna :
*Kepada rakan blogger yang datang ke Gerbang Malam, Ipoh.
*Carilah gerai mainan aku, harga special untuk korang
*Pastikan bawa anak sendiri/ anak sedara/ anak kucing tak dibenarkan.

No comments:

Post a Comment