Saturday, December 18, 2010

Aku & Manusia 4

Abang tu tak jual..
Mainan tu rosak..

Berniaga barang permainan banyak mengajar aku tentang ragam manusia. Hari ini entry aku mengenai bapak borek anak rintik.. Dengan kata lain, kemana tumpah gulai kalau tidak ke lantai.

Terus ke titik utama. Korang sedar tidak mengapa kebanyakan anak-anak kecil sudah pandai menipu. Seperti ayat diatas. Inilah punca segalanya. Hampir setiap hari aku mendengarnya. Aku hanya mampu tersenyum. 

Mungkin bagi mereka membazir membeli barang permainan untuk anak-anak. Menangis si anak kerana kemahuan tidak dituruti. Hilang keceriaan. Aku berniaga bukan mencari kekayaan dunia. Cukup sekadar mampu menyara hidup aku. Niat aku untuk beribadat. Mengembirakan si anak adalah sesuatu perasaan yang tidak mampu diucapkan atau ditulis. Senyum dengan penuh kegirangan. 

Aku tidak pernah memaksa pelanggan untuk membeli. Aku sedar tidak semua mereka orang yang berkemampuan. Tetapi bukan itu yang aku kesalkan. Menipu anak-anak yang aku kesalkan. 

*nota warna: ragam manusia berjuta rupa.

1 comment:

  1. erk. betul gak tuh.
    tpikan..
    ibubapa xde alasan laen nk buat..
    nk ckp xde duit or xmampu,
    budak2 mane faham or buat2 tak faham laa
    kan?
    :)

    ReplyDelete