Wednesday, October 20, 2010

Aku & 4015

Vrroomm!! Vrroomm!!


Pagi yang hening digamatkan dengan jet pejuang berkuasa super sonic yang aku parking dihadapan rumah. Kelihatan beberapa jiran tetangga bersenam diatas awan. Pelbagai jenis kenderaan bersimpang siur diatas awan.


Pn. Warna kelihatan sibuk dipagi hari. Agak kekok mengunakan mesin RT5666 untuk mengemas rumah yang baru dibeli semalam. Pelbagai ikon yang terdapat diskrin sesentuh. Disentuhnya ikon berbentuk penyapu, keluar sebuah robot membawa penyapu menyapu disegenap ruang didalam rumah angkasa kami. Girang hati Pn. Warna. Penyapu Elektronik yang digunakan selama ini diletakkan didalam mesin pembakar samapah.


Kelihatan beberapa orang remaja bermain futsal diatas gelanggang terapung. Larian mereka sungguh pantas seperti suku daripada kelajuan cahaya. Mengunakan bola yang diperbuat daripada aloy yang berkualiti tinggi dengan lampu LED disekeliling. 


Aku memulakan kerjaku dihadapan komputer. Meletakkan jari serta mata dialat pengimbas untuk log masuk ke komputer peribadiku. Beberapa photo mail masuk. Gambar En. Intel bersama virus Trojan yang dipancing di Laut Database, besar sungguh. Terdapat juga gambar En. Vista bersama jet super sonic terbaru buatan PROTON.


bersambung...

No comments:

Post a Comment