Wednesday, September 29, 2010

Aku & Gambar

suka, suka ,suka!!..


aku suka sangat bila ambil gambar. jika di semak status pemacu cakera keras laptop aku esti anda semua terkejut. 85 % daripada memori pemacu mengandungi gambar yang aku ambil sejak daripada zaman mengunakan kamera handphone bersaiz 1.3megapixel sehingga mengunakan kamera DSLR bersaiz 15 megapixel.


namun aku akui. semua gambar yang aku ambil kerana hobi. bukan untuk bermegah-megah dipentas maya dengan memuat naik gambar. aku tidak meminta sebarang pujian atau sanjungan. tetapi aku mahu komen serta kritikan yang membina aku.


kenapa??


kerana aku kenal photo tanpa guru. aku kenal photo tanpa pengajar. aku kenal photo tanpa persatuan. aku kenal photo kerana minat yang mendalam. maka, sesiapa yang sudi mengajar aku tentang erti photo yang sebenar. aku amat hargai. berikan lah sebarang komen diatas setiap gambar yang terdapat diblog ini mahupun di laman muka buku.




mungkin satu hari nanti akan aku jadikan hobi ini sebagai kerjaya tapi bukan sekarang sehingga ilmu ku cukup didada. biarpun nama ku tidak setanding nama-nama besar seperti SAIFUL NANG tetapi cukuplah sekadar ilmuku setanding beliau.

No comments:

Post a Comment