Wednesday, September 29, 2010

Aku & Genting Highland

enjoy and really enjoy!!!


itu yang aku boleh cakap ada anda semua. serius memang best. tempat peranginan yang tinggi diatas banjaran titiwangsa. jauh dari kesesakan kota yang membingitkan dengan bunyi hiruk pikuk dan pencemaran udara dari asap kenderaan dan kilang.


perjalanan kami bermula pada pukul 12.00 tengahari daipada SRI ISKANDAR dan sampai ke BATANG KALI pada pukul 3. kejap bukan? bukan memandu laju tetapi dah biasa dengan jalan ini membuatkan perjalanan menjadi begitu cepat.


sedang menunggu untuk daftar masuk dikaunter hotel ternampak akan si kecil ini. pandangan positif : cara kreatif jaga anak. pandangan negatif : bangang betoi buat anak macam haiwan. tapi pada pangdangan yang terbuka. wajar wanita memperlakukan anaknya begini. MENGAPA? Jika anaknya hilang, wanita ini akan menangis @ meraung tetapi apa kita akan lakukan. melihat dan bersimpati.


sarapan pagi disana memang terbaik pernah aku makan. pilih sahaja apa yang perut anda mahukan. beratur, tunggu, ambil dan melantak sepuasnya. hehehe. apa yang aku tengok disini. semua orang macam baru balik dari PALESTIN. kelaparan. hehehe.


OUTDOOR THEME PARK.
memang terbaik daripada segala funfair yang ada. main sampai penat atau muntah. kesabaran anda akan diuji ketika sedang beratur dan kemudian baru keberaniaan anda diuji. panjang woooo kena beratur. macam nak mengundi masa pilihanraya.


Walaubagaimanapun (teringat masa buat karangan darjah 6) Genting Highland tempat yang terbaik untuk mereka yang ingin berseronok sambil bercuti dan ini ialah percutian aku yang ke 5 di GENTING HIGHLAND.


peringatan!! : gambar ini tiada WATERMARK. bagitahu jika berniat mengunakannya atau berniat untuk mencilok.

No comments:

Post a Comment