Wednesday, September 15, 2010

Aku, Sawah & Kenangan

salam SYAWAL ke-6..


terkedu aku.. itu yang mampu aku ungkapkan dikala sampai ke kampung pada malam syawal yg pertama.. luluh hati bile tiada lagi sawah padi disepanjang jalan dari jalan utama ke rumah nenek ku..


angan aku nak ambil gambar di tengah petak sawah tp tiada walau satu pun padi yg kekuningan mahupun anak padi.. yang ada ialah banglo milik si mata sepet.. di belakang'y dibina kolam ikan untuk menternak ikan AROWANA..


sepanjang jalan sejauh 3km aku lalui dengan diam seribu bahasa.. malam ku diulit sejuta kenangan.. hilang sawah padi dan diganti dengan kolam ikan dikiri dan kananku.. KENAPA?? semuanya disebabkan wang.. semuanya disebabkan tiada anak muda yg mahu mengusahakan tanah sawah.. semuanya kerana harta pusaka..




"jgn risau r, lepas abis masa pajak tanah ni boleh tanam padi semula", kata seorang saudaraku..


"tanam padi semula" mungkin mereka kurang pengetahuan.. mana mungkin tanah yg telah dikorek sedalam hampir 3meter mampu mereka kambus kembali utk menanam padi.. tanah utk padi mana mungkin senang dicari..


industri ikan arowana dikampung ku membiak bagai cendawan.. jika dulu kampung ku gelap gelita.. tapi kini bagaikan sebuah bandar yg meriah dengan lampu yg gemerlapan dari setiap kolam ikan.. kata mereka, ikan ini hanya mampu hidup dengan air dari TASIK BUKIT MERAH..


aku xpeduli tentang semua itu.. yang aku pedulikan kenapa hilang begitu sahaja semua kenangan.. tetringat aku bila memandang wajah tua PAPA ku..


SAYU..
hilang semua kenangan semasa kecil.. hilang segala kenangan berehat dibawah pohon kelapa ditepi bendang.. hilang kenangan bermain lumpur.. hilangan kenangan meriah ketika menuai padi..


"Dah xda pa kita nak tunjuk kat generasi akan datang. mesti mereka xtau psl sawah, padi, lumpur dan belut". kata papa..


"KEMANA HILANG SAWAH PADI"

No comments:

Post a Comment