cantik! buruk! tingginya! poyo!
itulahlontaran yang seringkali kita dengar apabila manusia berbicara. adakala manusia dipandang rendah. adakala disanjung tinggi. itulah lumrah hidup dibumi ciptaan ilahi.
sedar atau tidak, merekalah yang sering berada disekeliling kita tanpa jemu. siapakah mereka? mereka ialah kawan atau sahabat. pepatah melayu yang seringkali diucapkan, "berkawan biar seribu, bercinta biar satu" namun kita sering terlupa bahawa kawan dan sahabagt ialah sesuatu yang berbeza.
kawan,
sentiasa ada disamping kita, hampir setiap hari kita dikelilingi kawan tetapi hanya seketika. sewaktu kita senang. mereka bersama kita sepanjang masa. dimanakah mereka ketika kita susah? hilang entah kemana. tangis sendiri tanpa sesiapa mendengar.
sahabat,
insan yang amat sukar dicari. andai diberi 1000 orang kawan, hanya sebilangan atau seorang yang boleh dijadikan sahabat. bersama dikala senang tetapi tidak mengunakan peluang itu untuk sekadar berhibur. bersama dikala susah, membantu atau menjadi pendengar setia. persahabatan biasanya akan terjalin sehingga ke akhir hayat.
siapakah kawan anda? siapakah sahabat anda?
ceritakan tentang mereka kepada saya. ceritakan tentang pengorbanan mereka. mari kita kongsi bersama.
No comments:
Post a Comment