Thursday, November 4, 2010

Aku & Kenangan



" Wei!! bas dah sampai! Cepat r!", berlari aku mengusung beg sekolah yang padat dengan buku teks (patah pinggang aku). Wan dan ejoy terkedek-kedek kat belakang.


"Aku cop belakang!!" jerit Ejoy


hahahaha
Semua ini hanya tinggal kenangan. Kenangan kecilku bergerak seiring masa. General Omnibus sehingga sekarang masih memberi perkhidmatan kepada warga pinggiran kota. Bermula hari pertama aku bersekolah di perak sehingga sehari sebelum aku berani menunggang moto ke sekolah, bas ini yang aku naiki  seawal 6.30 pagi dan setiap kali pulang dari sekolah.


Bas ini tidak hanya membawa ku ke gedung ilmu tetapi membawa ku ke kota ipoh apabila meningkat remaja. Setia bersama aku ketika pergi dan pulang. 


Hampir 70% (anggaran aku) pemandu masih sama. Bekerja seperti rakyat Jepun yang begitu setia berkhidmat. Ada uncle yang dah sepatutnya bersama dan hidup senang bersama wang KWSP.


28 Oktober 2010
Setelah sekian lama aku menaiki motorsikal dan kereta, akhirnya aku menaiki bas ini untuk pulang ke rumah dari bandar Ipoh. Bas yang aku naiki dipandu oleh seorang uncle india yang masih bekerja sejak aku di sekolah rendah. 


Aku berharap agar kenangan aku tidak hilang sepertimana kenangan papa ku yang pernah aku tulis didalam bulan syawal, Aku, Sawah & Kenangan (klik sini)

2 comments:

  1. he he...... teringat zaman aku naik bas kecik2 dulu...... =)

    ReplyDelete
  2. kan best klu boleh undur masa.. =p

    ReplyDelete