Tuesday, August 17, 2010

Aku & Ilmu



salam. 
kali ni aku nak cerita tentang pengajian KEMAHIRAN yang telah diwujudkan oleh KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA dan JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN yang dahulu dikenali sebagai MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN.







Aku adalah penuntut bagi Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang sistem komputer. satu bidang yang memang aku minati sejak sekolah. bercerita tentang ITP. sebuah kolej yang terletak ditengah bandaraya IPOH. kawasan yang hampir strategik walaupun tidak sepenuhnya.

kalau sebelum  ini kursus kemahiran dipandang rendah namun ketika ini ia dilihat sebagai satu bidang yang amat penting. bagi aku utk apa jika hanya mendapat markah yang tinggi ketika menjawab kertas soalan tetapi apabila dipraktikkan menjadi kaku seperti tunggul kayu. 

pembentangan bajet oleh PERDANA MENTERI mengenai status Diploma Kemahiran Malaysia yang telah diiktiraf sebagai diploma setaraf dengan universiti awam telah memberi satu impak yang besar kepada negara. mereka yang satu masa dahulu gagal telah kembali bangkit utk berjaya.

memang tidak dinafikan kemajuan negara telah menyebabkan pihak kerajaan memandang serius mengenai kursus kemahiran. jika dahulu pelajar yang sering berada di kedudukan bawah akan di pandang serong. ketika ini mereka amat diperlukan. memang majoriti pelajar kemahran ialah mereka yang gagal didalam SPM dan terdapat juga yang hanya sampai tahap PMR. 

bagi mereka kehidupan harus diteruskan dan terbukti mereka berjaya. bermula dengan SKM tahap 1,2 & 3. kemudian melangkah kesatu tahap lagi iaitu Diploma Kemahiran Malaysia (tahap 4). mereka terus melangkah kehadapan tanpa mempedulkan orang lain dengan matlamat utk berjaya. sehingga kini ramai yang telah melanjutkan ke peringkat ijazah iaitu Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5.








No comments:

Post a Comment